Satu perkongsian video di TikTok mencuri perhatian apabila ia memaparkan figura Datuk Syafinaz Selamat yang didakwa bakal terlibat dalam program All Together Now Malaysia (ATNM) musim terbaru.
Menerusi video dimuat naik ke akaun TikTok peminat juri Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) iaitu @Datuk SyafinazFANS, ia antaranya mengumumkan Syafinaz sebagai kapten kepada ATNM 2. Menerusi video tersebut, Elly Mazlein telah memperkenalkan Syafinaz sebagai kapten ketika menjadi hos di acara Astro Showcase Party yang diadakan baru-baru ini.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendali 49 selebriti yang menjadi juri nanti,” kata Syafinaz. Bagaimanapun, untuk mendapatkan kesahihan mengenai perkara tersebut, jangan ketinggalan untuk menonton ANTM 2, Disember depan. Terdahulu, program realiti berkenaan menjadi antara platform terbuka kepada semua untuk menonjolkan bakat dalam bidang nyanyian yang dinilai oleh 50 selebriti popular pelbagai cabang seni. Sumber: Media Hiburan |
ADVERTISEMENT