Gua Musang: Lebih 50 keluarga di Kampung Batu Papan 2 di sini, mendakwa kampung mereka sudah dilanda hampir 50 banjir kilat sejak setahun lalu dan ia cukup meresahkan.
Penduduk turut mendakwa, masalah banjir kilat itu berlarutan sejak lima tahun lalu. Setiap kali hujan melanda lebih dua jam, kampung akan terputus hubungan manakala rumah penduduk, terutama di kawasan rendah, akan dinaiki air. Penduduk, Chong Yok Fon, 50, berkata, mereka sudah terlalu penat kerana bukan saja terpaksa membersihkan rumah malah kerugian besar.
"Sekarang musim hujan, jadi sangat memenatkan sebab terpaksa membersihkan rumah selain menanggung kerugian harta benda yang rosak. "Tahun ini sahaja, hampir 50 kali kami terpaksa menghadapi banjir kilat, walaupun air cepat surut tetap memberi kesan kepada rumah. "Keadaan jambatan besi di kampung ini juga semakin teruk kerana sering tenggelam akibat banjir kilat," katanya ditemui. Bagi Chong Lip Meng, 48, dia berharap supaya masalah yang dihadapi penduduk dapat diselesaikan segera. "Kejadian banjir 2014 pun masih meninggalkan kesan kepada penduduk dan kami berharap ia tidak berulang. "Penduduk harap pihak berkaitan dapat kenal pasti punca masalah dan naik taraf longkang atau sistem perparitan," katanya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas Mohd Syahbuddin Hashim berkata, beliau sedia maklum dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Batu Papan 2. "Masalah ini perlu diteliti dan langkah proaktif perlu diambil segera supaya punca sebenar banjir kilat ini dapat dikenal-pasti. "Pihak berkaitan disaran tidak lagi bertangguh dalam hal ini memandangkan monsun timur laut akan melanda dalam masa terdekat," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
vee_zara replied at 22-11-2022 04:53 PM
Rumah ke reban tu. Kerugian besar ke kalau rumah mcm tu
Lagubestbest replied at 22-11-2022 04:58 PM
YB tak perform lama dah tapi dua tiga hari lepas je baru humban keluar nape?
Lagubestbest replied at 22-11-2022 05:00 PM
Dah viral kat Tiktok. Semua angkara BN. Masa kalah tahun 1990 dulu projek loji binaan asas dah siap ...
ADVERTISEMENT