CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 744|Reply: 19

Kampung Di Kelantan Dilanda Banjir Hampir 50 Kali Dalam Masa Setahun

[Copy link]
Post time 22-11-2022 12:56 PM | Show all posts |Read mode
Gua Musang: Lebih 50 keluarga di Kampung Batu Papan 2 di sini, mendakwa kampung mereka sudah dilanda hampir 50 banjir kilat sejak setahun lalu dan ia cukup meresahkan.


Penduduk turut mendakwa, masalah banjir kilat itu berlarutan sejak lima tahun lalu.


Setiap kali hujan melanda lebih dua jam, kampung akan terputus hubungan manakala rumah penduduk, terutama di kawasan rendah, akan dinaiki air.




Foto: Harian Metro




Penduduk, Chong Yok Fon, 50, berkata, mereka sudah terlalu penat kerana bukan saja terpaksa membersihkan rumah malah kerugian besar.


"Sekarang musim hujan, jadi sangat memenatkan sebab terpaksa membersihkan rumah selain menanggung kerugian harta benda yang rosak.


"Tahun ini sahaja, hampir 50 kali kami terpaksa menghadapi banjir kilat, walaupun air cepat surut tetap memberi kesan kepada rumah.


"Keadaan jambatan besi di kampung ini juga semakin teruk kerana sering tenggelam akibat banjir kilat," katanya ditemui.


Bagi Chong Lip Meng, 48, dia berharap supaya masalah yang dihadapi penduduk dapat diselesaikan segera.


"Kejadian banjir 2014 pun masih meninggalkan kesan kepada penduduk dan kami berharap ia tidak berulang.


"enduduk harap pihak berkaitan dapat kenal pasti punca masalah dan naik taraf longkang atau sistem perparitan," katanya.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas Mohd Syahbuddin Hashim berkata, beliau sedia maklum dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Batu Papan 2.


"Masalah ini perlu diteliti dan langkah proaktif perlu diambil segera supaya punca sebenar banjir kilat ini dapat dikenal-pasti.


"ihak berkaitan disaran tidak lagi bertangguh dalam hal ini memandangkan monsun timur laut akan melanda dalam masa terdekat," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2022 01:14 PM | Show all posts
sedia maklum..... sampai bila2
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedia maklum je? Apa ko punya action???
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 02:27 PM | Show all posts
terpaksa tahan hadapi semua nie.. Ya Allah.. moga org2 yg selalu kena banjir nie dpt kehidupan yg bertambah baik.. Yg dh menang nanti buat la kje..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 02:31 PM | Show all posts
Dh 50x banjir pun x dpt kenal pasti lg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah ke reban tu. Kerugian besar ke kalau rumah mcm tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2022 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 04:58 PM | Show all posts
YB tak perform lama dah tapi dua tiga hari lepas je baru humban keluar nape?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka kelantan..hadap la air kotor sampai bila2

#sorrynotsorry
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg ku li buat selama setengah abad?


Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 05:00 PM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 22-11-2022 05:05 PM

Dah viral kat Tiktok. Semua angkara BN. Masa kalah tahun 1990 dulu projek loji binaan asas dah siap tengah lanjut bina terus kena cancel jentera alatan semua dihalau. Kemudian berbelas tahun sesen pun tanak beri duit pada Kelantan untuk projek berkaitan air. PAS baru dua tahun dalam kerajaan dan akhirnya baru je mampu dapat 1bilion lebih bina loji cover 7 daerah, 8 loji air mini dan beratus juta lagi baiki loji lama repair masuk paip beratus km etc. Benda amek masa la nak siap.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi kerajaan, cepat la sikit bertindak. Air ni keperluan paling asas. Tgk PRN Kelantan nnt, pas boleh menang ke kalah
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
vee_zara replied at 22-11-2022 04:53 PM
Rumah ke reban tu. Kerugian besar ke kalau rumah mcm tu

saja nak panggil dewasayu ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kepompong at 22-11-2022 05:33 PM
Lagubestbest replied at 22-11-2022 04:58 PM
YB tak perform lama dah tapi dua tiga hari lepas je baru humban keluar nape?


kalau tak dpt peruntukan cancel sana sini mana2 yb pun sama je lah… tetap tak boleh perform.. lupa ke uols hidup 46! itu… tentulah tersekat jua.. bulan ke 46 ke entah2 dacing pun sama je you.. . baik sokong yg single you
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Pindah la. Asal hadap duduk situ. X fhm.
Kaler rambut boleh plak sampai akar
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sian rambut mokcik pun keno karat..bakpo pas x panda jago rakyat dio deh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2022 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sap suh nak, undi bulan. Mendapat la.. Kenkonon kena ada negara islam memerintah wooo agama tidak bileh dipolitikan jenis vangang
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 09:35 AM | Show all posts
panggilla dewa sebak tu. ore kelate ni pindah jela selangor.kihkih
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 22-11-2022 05:00 PM
Dah viral kat Tiktok. Semua angkara BN. Masa kalah tahun 1990 dulu projek loji binaan asas dah siap ...

Pru2018 hari tu yg ni xkeluar pula ye? Time tu sapa chairman bn...org yg rmai #rinduzmntun
#trolirm50full

Lupa ka nyanyok dah org2 yg dok pkt trendingkan # tu dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 01:23 PM | Show all posts
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:09 PM GMT+8 , Processed in 1.503732 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list