|
Seorang lelaki kini dalam siasatan selepas memuat naik kenyataan berbaur penghinaan terhadap agama Islam di Facebook pada Ahad. Dalam posting dimuat naik 'Samuel Janting', dia membuat kenyataan provokasi mendakwa Nabi Muhammad SAW. seorang yang 'gatal' apabila mengahwini tujuh wanita.
Justeru, dia melabel baginda mengikut ajaran syaitan selain mempersoalkan ajaran Islam. Walaupun ia ditulis dalam bahasa Iban, maksud sebenar kenyataannya yang tular itu dapat difahami selepas ia menjadi tular. Kebanyakan warganet yang marah dengan kenyataan itu menyifatkan individu berkenaan memalukan orang Sarawak yang hidup dalam suasana harmoni. Sementara itu, pengguna akaun Fikri Kamil berkongsi satu tangkap layar perbualan aplikasi WhatsApp dipercayai perbualan dirinya bersama lelaki berkenaan yang menjelaskan tindakannya itu dibuat dalam keadaan mabuk. Berikutan penularan kenyataan bersifat provokasi terhadap agama dan nabi, lelaki berkenaan memadam akaun Facebook miliknya. Dalam masa sama, jurucakap Polis Bintulu ketika dihubungi Majoriti mengesahkan pihaknya menerima laporan terhadap individu berkenaan dan kes masih dalam siasatan. - CARI
|
uori replied at 22-11-2022 11:57 AM
bukan terpaling harmoni ke
pekanwoohoo replied at 22-11-2022 11:59 AM
Terpaling makan sama-sama dalam satu kedai



lightheaded67 replied at 22-11-2022 09:24 AM
sbb tu kalo ko betul2 paham agama islam atau mana mana agama skali pun, ko takkan usik agama org. sb ...
pekanwoohoo replied at 22-11-2022 03:59 AM
Terpaling makan sama-sama dalam satu kedai


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.156834 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.