CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

6 Ditahan, 2 Lagi Diburu Terbabit Pergaduhan Kumpulan Penyokong Parti

21-11-2022 06:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 957| Komen: 10

Polis Kedah menahan enam individu dipercayai terbabit dalam insiden pergaduhan melibatkan dua kumpulan penyokong parti politik yang berlaku di hadapan Dataran Zero Sungai Petani pada awal pagi Sabtu lalu.


Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, berkata polis telah mengesan semua suspek terbabit dan menahan mereka di kawasan Jalan Lagenda Heights jam 2 petang Ahad.


Siasatan polis mendapati pergaduhan berpunca daripada pertembungan dua kumpulan penyokong berlainan parti di tempat kejadian pada jam 2.15 pagi. - Gambar/ Media sosial

“Keenam-enam suspek berusia lingkungan 30-an telah direman selama dua hari dan dibebaskan dengan jaminan polis hari ni.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 9(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).


“Sekiranya disabitkan kesalahan mereka yang terlibat boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Hassan berkata, siasatan polis mendapati pergaduhan berpunca daripada pertembungan dua kumpulan penyokong berlainan parti di tempat kejadian pada jam 2.15 pagi beberapa jam sebelum pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula.

Katanya, ketika itu berlaku pergeselan bendera parti yang mengenai tubuh salah seorang penyokong parti politik.

Beliau berkata kini polis sedang mengesan dua lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut bagi membantu siasatan.

Wan Hassan mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut sehingga boleh menggugat ketenteraman awam.


Sumber: AWANI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 21-11-2022 07:07 PM
Meanwhile politikus2 tu semua aman2 adja bersalaman...
Quote Belibis 21-11-2022 07:41 PM
Highflyer19: Meanwhile politikus2 tu semua  ...

Orang atas aman2 berunding kat hotel..macai pecah muka bergasak tepi longkang.
Quote noor2 21-11-2022 07:43 PM
Sedih betul tengok rakyat yang rasa tertipu dan dikhianati.....pemimpin patut satu kan rakyat...tapi yg ada nj semua pecah belah kan rakyat


Cilaker
Quote mikasa 21-11-2022 07:53 PM
Belibis replied at 21-11-2022 07:41 PM
Orang atas aman2 berunding kat hotel..macai pecah muka bergasak tepi longkang.


Memang la orang atas semua  happy dah menang kerusi Parlimen..apa2 pun keputusan..elaun gaji MP akan masyuk. Banyak jawatan dan projek menanti utk 4 -5 tahun. Tak jadi ahli kabibet .atleast akan jadi pengerusi atau ahli lembaga pengarah memana glc
Quote ChildrenOfBodom 21-11-2022 07:56 PM
Umat melayu ka? Tak heran la melayu ni nama ja isele dan tak makan babi, kejahatan lain lagi terok drp kapiaq..
Quote matamata 21-11-2022 07:59 PM
Kalau hangpa begaduh sbb pegangan politik hangpa... Hangpa semua adalah sgt bodo... Berpada2la... Toksah buat...
Quote lightheaded67 21-11-2022 08:38 PM
dulu kini dn selamanya takde ape yg baru sbb pelaku politik nya pon org yg same aje. isu politik ni susah sikit utk sstengah org terbuka, sbb pikir party kot, team team dn kita kita yg noob politik ni takleh dan tak layak bg pndapat. bg meols selagi pelaku nya manusia, tak jauh mana lah lari dri acuan. indo gempa berita takde kah
Quote CiliPadiSedap 22-11-2022 12:25 AM
Habis pru jgn gaduh . Sebelum pru gaduhlah puas2
Quote juboqhang 22-11-2022 12:30 AM
Bodow… hangpa tak kaya, yg kaya org politik. Hangpa balaci ja yg ekstrem… taksub!
Quote boo06 27-11-2024 01:31 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.123620 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top