WELLINGTON – Mahkamah Agung New Zealand hari ini membuat keputusan bahawa usia mengundi semasa 18 tahun melanggar hak golongan muda sekali gus mendorong kerajaan melancarkan pelan untuk menurunkan usia tersebut kepada 16 tahun.
Susulan keputusan itu, Perdana Menteri Jacinda Ardern segera memperkenalkan draf undang-undang untuk menurunkan usia mengundi, namun memberi amaran bahawa perubahan sukar dilaksanakan dan tidak boleh dikuatkuasakan sebelum pilihan raya umum 2023. Ardern menyokong perubahan itu tetapi berkata, ia memerlukan sokongan 120 anggota Parlimen New Zealand.
“Saya secara peribadi menyokong penurunan usia mengundi tetapi isu ini bukan untuk saya yang memutuskan ataupun kerajaan. “Sebaliknya, sebarang perubahan kepada undang-undang pilihan raya memerlukan sokongan 75 peratus anggota Parlimen,” katanya kepada pemberita di Wellington. Keputusan Mahkamah Agung itu merupakan penutup kepada kes berusia dua tahun yang dikemukakan oleh kumpulan Make it 16 tetapi hanya Parlimen boleh menurunkan usia mengundi. Bagaimanapun, keputusan Mahkamah Agung itu bermakna Parlimen kini melanggar hak asasi pengundi sekali gus memaksa anggota-anggota Parlimen menimbang untuk melakukan perubahan. Hanya segelintir negara di dunia mempunyai usia mengundi 16 tahun khususnya Brazil. – CARI Sumber: Kosmo
|
batu kikir replied at 21-11-2022 02:55 PM
Aku cadangkan.................had umur 10 tahun keatas
miszclassique replied at 21-11-2022 03:14 PM
Tapi anak buah iols yg umur 7 tahun pun dah pandai buat pilihan, mula mengundi terus dari sekolah ...
kakikuDibibirmu replied at 21-11-2022 04:12 PM
Akta Undi 16 tahun tersenyum sinis {: ...
pekanwoohoo replied at 21-11-2022 08:10 AM
Buat je lah usia mengundi seawal bayi, kan senang.
sharlenetexas replied at 21-11-2022 04:13 PM
Pedofil.
ADVERTISEMENT