CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

BN-PH Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Saarani Kekal Menteri Besar

21-11-2022 02:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2492| Komen: 34

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini memperkenankan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk bersama-sama membentuk kerajaan negeri Perak.


Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata, sehubungan itu, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang dicalonkan BN dan PH sebagai Menteri Besar akan mengangkat sumpah jawatan tersebut di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada pukul 5.30 petang hari ini.



Foto: Kosmo

“Dalam pukul 12.30 tengah hari, Datuk Saarani bersama Dr. Aziz Bari mewakili BN dan PH menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan persetujuan kedua-dua pihak (untuk membentuk kerajaan negeri).


“BN mempunyai sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan PH 24 ADUN. Mereka mempunyai 33 ADUN yang menyembahkan calon untuk dipertimbangkan Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai Menteri Besar Perak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa sama, Annuar berkata, untuk berlaku adil, Sultan Nazrin turut bertitah supaya wakil Perikatan Nasional (PN) menghadap baginda.

Beliau berkata, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan Setiausaha PN Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin tampil menghadap baginda.

“Duli Yang Maha Mulia bertanya sama ada mereka yang mempunyai kerusi terbesar iaitu 26 kerusi DUN berkeupayaan untuk menubuhkan kerajaan negeri.

“Kedua-dua Zainol Fadzi dan Razman mengakui mereka tidak mempunyai angka untuk menubuhkan kerajaan negeri dan memahami bahawa Duli Yang Maha Mulia terpaksa bertindak mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, yang baginda mempercayai ADUN yang mempunyai majoriti mudah diperkenan dilantik sebagai Menteri Besar,” katanya.

Justeru, Annuar berkata, oleh kerana wakil-wakil dari PN tidak membantah (BN dan PN menubuhkan kerajaan negeri) serta tidak mengatakan mereka mempunyai angka, Sultan Nazrin berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan oleh wakil dari BN dan PH.

“Mereka hanya mengemukakan satu calon tunggal sebagai MB iaitu Yang Berhormat Kota Tampan, Saarani.

“Oleh kerana ada persefahaman dan secara terhormat PN menerima keadaan itu, serta memandangkan bahawa pentingnya untuk dewan negeri segara bersidang meluluskan bajet, Duli Yang Maha Mulia berkenan pada petang ini pukul 5.30 petang istiadat angkat sumpah Menteri Besar dilaksanakan di Istana Iskandariah,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote creep_bite 21-11-2022 02:45 PM
demi nk jd MB...segalanya mungkin. dulu PAS pun sama bezanya dulu PAS mmg bertanding dalam pakatan yg sama. lps ni PN blh kempen un di BN dapat DAP plk...tp rasa mcm tak lama kerajaan Perak ni...
Quote ^CUN_GILA~. 21-11-2022 03:03 PM
Ketotnya si Sakrani..

sarrani-750x500.jpg
Quote sharlenetexas 21-11-2022 03:04 PM
Bakalan bersidang bawah pokok tahun depan.


Quote sharlenetexas 21-11-2022 03:04 PM
Harap korang adun semua gi redah banjir.


Quote umbut 21-11-2022 03:05 PM
Asalkan aku dpt jadi mb, lantaklah apa jadi pun kan. Dah ler ketot
Quote Nham22 21-11-2022 03:07 PM
Uihh boleh ke org muda nak bekerja dgn org tua yg ermmmmm... Pemikiran saja dah lain...
Jenuhh plak nak ikut rentak org tuaa... Yg tua pulak jenuh pulak nk kut rentak org muda..
Quote creep_bite 21-11-2022 03:08 PM
jgn lupa lantik speaker dari umno...baru senang nk bubar dewan nnt.
Quote izwan_izi 21-11-2022 03:08 PM
^CUN_GILA~. replied at 21-11-2022 03:03 PM
Ketotnya si Sakrani..

Org ketot biasanya nafsu kuasa besar tuu...dikenali sebagai "Sindrom Napoleon"..
Quote LoveSungmin 21-11-2022 03:16 PM
bagus la sultan panggil semua, dengar terus dari mulut masing²..
Quote dinaz303 21-11-2022 03:18 PM
umbut replied at 21-11-2022 03:05 PM
Asalkan aku dpt jadi mb, lantaklah apa jadi pun kan. Dah ler ketot

atas arahan presiden kut...
Quote venom1 21-11-2022 03:24 PM
kucar kacir politik Malaysia. Sedih benar rakyat tengok.
Quote missyL 21-11-2022 03:28 PM
Kecik nye mb die
Btol ke org kate yg pendek2 ni angin die lain mcm
Quote lkick2113 21-11-2022 03:32 PM
BN laku woooo.dah tak parti reshuah lagi hahahaha
Quote margo20 21-11-2022 03:37 PM
Tinggi lg bumbung alphard dr dia
Quote snowflakes 21-11-2022 03:39 PM
Boleh ke mb dari ph? Bukan cina ke semua?
Quote lightheaded67 21-11-2022 03:45 PM
cemane ek heols plak jd muntri. ph pn bukan lg bnyk ke, sape terer pulitik ce citer. ke sbb sultan kenan yek
Quote bottombikini 21-11-2022 03:49 PM
missyL replied at 21-11-2022 03:28 PM
Kecik nye mb die
Btol ke org kate yg pendek2 ni angin die lain mcm

aku rasa betol
penah kenal sorang yg pendek tapi ego tinggi mcm langit

btw, ketotnya mb kome


Quote bulalof 21-11-2022 04:00 PM
disgraceful.
Quote Leonclay 21-11-2022 04:06 PM
Buy 1 free 1.. semua berebut

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.074898 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top