Biadab! Begitulah gambaran yang boleh diberikan terhadap sekumpulan pelajar yang menjadikan seorang nenek sebagai mangsa buli mereka.
Menerusi video yang tular di media sosial, seorang warga emas yang sedang berjalan di tepi jalan didekati oleh sekurang-kurangnya enam pemuda yang menaiki motosikal. Kebanyakan mereka masih memakai pakaian seragam sekolah ketika kejadian. Salah seorang daripada pelajar yang membonceng motosikal menadah tangan di hadapan wanita itu seperti meminta sesuatu. Warga emas itu membawa beberapa bungkusan plastik, dipercayai mengandungi makanan.
Bagaimanapun, salah seorang daripada pelajar secara tiba-tiba meluru ke arah wanita itu dan menendangnya sehingga dia terjatuh di tepi jalan. Lebih menyedihkan apabila tindakan itu hanya dibiarkan oleh rakan-rakan lain yang mentertawakan nenek berkenaan. Wanita itu kemudian bangun dan berjalan kaki meninggalkan lokasi kejadian, manakala kumpulan tersebut tanpa rasa bersalah meneruskan perjalanan beramai-ramai. "Tiba-tiba kau datang tendang makcik tu dah kenapa? Apa salah dia," demikian ciapan di laman Twitter Malayiavirall. Video berdurasi 13 saat itu mengundang kemarahan ramai yang menyifatkan tindakan kumpulan pelajar tersebut sebagai tidak mempunyai adab. "Jahatnya! "Kasihan eh tak ada otak. Baju macam baju sekolah dah tapi tak ada otak. Oh ponteng sekolah ye. "Dia tak boleh bayangkan ke kalau tu mak dia? "Anak-anak sekarang sangat memerlukan pendidikan moral," demikian antara komen netizen. Dilaporkan, kejadian itu sebenarnya berlaku di Sumatera Utara, Indonesia. Menurut laporan Detik.com, Ketua Polis Tapanuli Selatan, AKPB Imam Zamroni berkata, pihaknya menahan enam pelajar yang terlibat dalam kejadian itu susulan video yang tular pada Sabtu. Menurut Imam, terdapat dua insiden membabitkan wanita yang sama apabila empat individu memukulnya, manakala seorang lagi menendang mangsa. "Enam orang (ditahan), dalam video menendang ada lima kelihatan dalam video... pukul dengan kayu terdapat empat pelaku dalam video tetapi jika digabungkan hanya enam pelaku daripada dua kejadian itu," Imam dipetik sebagai berkata menerusi laporan detikSumut. "Pelakunya masih pelajar, mereka berusia antara 15 hingga 16 tahun, dan pelaku masih menjalankan pendidikan vokasional," kata Imam. -CARI Sumber: mStar Online
|
ChildrenOfBodom replied at 21-11-2022 04:37 AM
korban perundungan tu maksudnya apa?
ADVERTISEMENT