Impian Dina Nadzir dan Fuad Rahman mara ke final program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) terkubur apabila mereka diumumkan peserta tersingkir pada peringkat separuh akhir yang berlangsung pada malam Ahad.
Pada minggu separuh akhir berkenaan, Dina hanya mendapat markah sebanyak 59.20 manakala Fuad hanya 58.30 daripada tiga barisan juri profesional yang mengadili persembahan mereka. Salah seorang juri, Hetty Koes Endang memberitahu persembahan solo Dina menerusi lagu Bukan Dia Tapi Aku tidak memuaskan apatah lagi dia tidak perlu membuat terlalu banyak penambahbaikan kerana ia merbahaya.
"Lagu ini sangat berat. Kekurangannya kamu selalu menurun. Bukan semua kamu perlu improvise. Itu membahayakan kamu," katanya. Menerusi persembahan solo Fuad pula, Hetty berterus terang nadanya lari dan agak berbeza mungkin disebabkan menyanyikan lagu berentak balada. Cara nyanyian kamu malam ini sangat berbeza. Kami tahu kamu memang selesa menyanyi lagu genre itu. Banyak sekali out of tune... dengar semula nanti," ujarnya. Pada pusingan solo, Fuad menyanyikan lagu Di Alam Fana Cintamu nyanyian asal kumpulan Fotograf manakala bagi battle, penyanyi kelahiran Singapura itu berduet dengan Dina menerusi lagu Boneka (Erni Zakrie). Sementara itu, Jaclyn Victor sekali lagi berada di tempat teratas dengan markah 84.35 diikuti Shila Amzah (79.20) dan Bob Yusof tempat ketiga (78.70).
|
deebiz14 replied at 21-11-2022 02:32 PM
Pade mula mmg ade high hopes untuk Dina sbgi calon ke final. Sore sheols best sebenarnya tapi sayang ...
MistrezHermanaz replied at 21-11-2022 04:20 PM
kalau dina masuk final, knp lak lagu dia sama dgn lagu Shila tak ada logika..pelik2 astro ni
ADVERTISEMENT