Nourul Wahab terinspirasi mendengar kisah Nur Sajat dan menyifatkan usahawan sensasi itu seorang individu yang kuat.
Nourul atau Nourul Huda Abdul Wahab, 43, berkata, dia terkejut mendengar cabaran terpaksa dilalui Sajat ketika bertemu dengan Sajat di Sydney, Australia. "Inspired dan sentiasa sebut Allahuakbar dengan ceritanya. Ya Allah Jat, kau kuat dik. "Ternganga mulut mendengar cabarannya dan buat anda tertanya," katanya. Nourul berkongsi pertemuan dengan Sajat di Sydney ketika bercuti di negara tersebut di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Nourul meminta orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukum terhadap perjalanan kehidupan seseorang dan berhenti bertanya mengenainya. Malah penyanyi itu turut menyarankan agar usahawan sensasi itu menutup kisah silamnya dan disimpan sebagai lipatan sejarah kehidupan. "Terima kasih Sajat. Orang tanya apa yang menakjubkan? Jika anda tidak tahu perjalanan seseorang, sebaiknya jangan tanya kenapa. "Tutup kisah itu. Simpan dalam lipatan sejarah kehidupan," ujarnya.
Malah Nourul sendiri berjanji untuk menyimpan kisah dikongsi Sajat kepadanya dan menyifatkan usahawan itu seorang yang baik hati. Untuk rekod, Sajat pernah mencetuskan misteri apabila gagal dikesan pihak berkuasa selepas waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada 23 Februari 2020. Sajat dilaporkan berjaya meloloskan diri ke Thailand ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Persembunyian usahawan itu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan pihak Imigresen Thailand pada 8 September 2021 di sebuah kondominium di Bangkok atas tuduhan memiliki pasport tidak sah.
Ketika itu, Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNCHR) sebelum berhijrah ke Australia. -CARI Sumber: mStar Online
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|