CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kerja Hantar Parcel Je, Aman Graseka Minta Bantuan Nak Rawat Mata Anak Dijangkiti Virus

20-11-2022 02:49 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 19641| Komen: 212|Original author: Saiful

Aman Graseka terpaksa tangguh acara jejak tanah  untuk anak lelakinya, Aishyraf Mikail Shah, berusia setahun dua bulan.

Ini susulan keadaan anaknya yang tak sihat dan terpaksa dimasukkan hospital akibat demam yang menyebabkan sawan.

"Sekarang matanya pula ada jangkitan virus, baru jadi sejak lima hari lepas. Kami terpaksa tangguhkan acara 'jejak tanah' ini dan mungkin dibuat pada awal Disember nanti. 

"Anak saya perlu berpantang tidak boleh kena pasir selagi majlis ini tidak diadakan. Dalam acara itu, dia akan diletakkan di atas pasir dan berjalan atas bunga. 

"Keadaan matanya sekarang masuk hari keenam, air pecah dan nampak darah," katanya kepada Harian Metro. 


Foto: Harian Metro


Asyraf juga perlua dibawa jumpa pakar untuk kenal pasti virus di matanya.

"Saya sebenarnya berat hati nak dedahkan perkara ini kerana nanti dikata meminta bantuan. Namun kenyataannya, saya sekarang dah beberapa bulan tiada kerja.

"Sebabnya saya sekarang berlakon dah tak sentuh bukan muhrim. Begitu juga dalam bab bekerja dengan jurusolek artis perempuan dan kru perempuan. Itu yang agak susah orang nak panggil berlakon.

"Saya harap ada bantuan dari mana-mana pihak untuk bantu kerana faham-fahamlah kos rawatan jumpa doktor pakar mahal sekarang."

Tambahnya, "Saya cuma tak bawa anak  jumpa pakar mata lagi. Lepas kami sambut ulang tahun kelahirannya, dia terus masuk hospital sebab demam. Selepas itu kena sakit mata pula dan kerap gosok mata. 


Foto: harian Metro

"Saya sekarang baru lagi bekerja hantar parcel. Mana tahu kalau-kalau jangkitan kuman bermula dari situ pun boleh jadi juga 

"Kali terakhir saya berlakon pula pada Julai lalu dalam filem Hantu Kum Kum untuk Astro First dan penggambarannya di Perlis."

Aman juga mengakui menetapkan syarat untuk tidak bersentuhan bukan muhrim membawa kesan terhadap karier lakonannya. 

"Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, saya dah tetapkan syarat ini. Saya tahu kesannya, tapi saya percaya rezeki datang daripada Allah.

"Tawaran itu ada, tapi syarat saya buat produksi berat nak terima walaupun untuk beri watak bapa. Apapun, jangan kita mengeluh dan salahkan sesiapa. Rezeki Tuhan dah tetapkan. Kita usaha saja."

Aman kahwin kali kedua dengan Nurul Amrina Zamri, dan dikurniakan dua anak. 
Kerja Hantar Parcel Je, Aman Graseka Minta Bantuan Nak Rawat Mata Anak Dijangkiti Virus



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jasmeen 20-11-2022 02:52 PM
alaaa sian pulak tengok mata anak dia..
Quote Unfriendme 20-11-2022 03:02 PM
Pi minta surat Dari kk lah pok cik hantar kat pakar mata hospital selayang hospital gomen tu idoklah habis ribu - ribu , pakar mata hospital selayang tu merata rata macam macam Kes seluruh semenanjung dengan Sabah serawak datang
Quote Sekaisilver 20-11-2022 03:10 PM
Alahai.. kesian tgknya.. semoga cpt sembuh. .
Quote BoLapciOus 20-11-2022 03:16 PM
siann anaknye..semoga dipermudahkan urusan segala rezeki n anaknya cpt sembuh..tp acara jejak tanah tu mmg perlu ke?apa simboliknya ye?
Quote uda 20-11-2022 03:21 PM
Bersalin anak ni ke yang dia minta bantuan untuk hantar wife dia bersalin di hospital swasta? Pastu ada yang sponsor.
Iye, kan boleh pergi je hospital kerajaan.
Quote suka2 20-11-2022 03:23 PM
"Anak saya perlu berpantang tidak boleh kena pasir selagi majlis ini tidak diadakan. Dalam acara itu, dia akan diletakkan di atas pasir dan berjalan atas bunga."

Anak heshe selama umo 1 thn 2 bln ni mmg langsung tak boleh pijak pasir ke   Acik aman kalau poket tak berapa nak ada, try la gi klinik/spital gomen. Kalaupun lambat dapat juga treatment dari langsung tak pegi treat sbb nk tunggu org sponsor pakar private. Kesian kat anak...
Quote lightheaded67 20-11-2022 03:24 PM
Edited by lightheaded67 at 20-11-2022 03:32 PM

untuk anaknya smoga cepat sembuh. utk apak nya, acik dgn stajah jadian roh artis boleh duduk satu rumah. acik ingt acik sylvester stallone?
Quote lyshafull 20-11-2022 03:34 PM
Ya allah kesiannye semoga cepat sembuh kesian budk2
Quote codenamedream 20-11-2022 03:38 PM
Moga cepat sembuh anaknya.

Heols ada pantang tak boleh jejak klinik & hospital kerajaan ke?
Quote doubleA 20-11-2022 04:07 PM
Gws anak teruknya mata camana boleh jadi camtu
Quote Jennyrol 20-11-2022 04:09 PM
Hantar la hospital kerajaan.. gov pon byk pakar.. sian anak tu
Quote jiwakacau06 20-11-2022 04:27 PM
Edited by jiwakacau06 at 20-11-2022 04:31 PM

xfaham btl...p jela kk...kuala ketil (tmpt bini )bkn nya mundur pn...lg pn...nk buat majlis gah yg mana   smpai xcukup duit...
dah xnk berlakon...buat kja lain...org lain jd runner... boleh ja survive hidup...xcukup lagi...boleh cari kja dkt Singapore ke oversea ke..bini dia xkeja ka...
knpa ya..sjk kawin baru ni...semua crta kesusahan ja..masa dgn mas idayu..xda pn bunyi2 smpai 10tahun...xda pn isu nafkah anak xcukup...
hati hitam nk fitnah...dulu Mummy yg tanggung semua...
Quote Rogue98 20-11-2022 04:31 PM
Bukan dia ni kerabat raja ke..pewaris takhta ..
Kesian budak tu....semoga dipermudahkan...
Quote sukacactus 20-11-2022 04:35 PM
Adat keturunan raja Perak ke tu
Susah2 ja
Kalau dah xde modal, ank pun sakit, xde keperluan pun adat tu
Quote Carcosa 20-11-2022 04:37 PM
Aku baca article ni, yg aku kesian, dkt anak dia je. Dah teruk nau nmpknye mata tu. Tak takut ke, kalau teruk, terus buta??
Apa ke gampang wei, acara pijak tanah ni? Haram ke kalau tak buat? mati masuk neraka ke kalau tak buat?? Anak kau mata dah rabak mcm tu pun, nk berpegang pada adat lagi ke?! Psl kerje, aku boleh faham lah, sbb bkn muhrim, though kalau aku pengarah, aku pun pening kepala.
Dah jadi courier, ckp dpt germ dari situ pulak. Ko mandi la dulu sblum terjah anak ko.
Ni, bini tu muda la jugak kan. Tahla.
Acara jejak tanah ni, meols ada tgk si Amyra Rosli ada buat,kalau tak silap.
Quote margo20 20-11-2022 04:47 PM
Mcm anak amira rosli haritu la kan upacara jejak ni
Quote Kancilkering 20-11-2022 04:53 PM
emak kne strict benda benda yg ank allergic…anak sakit emak ayah juga yg susah….moga cepat baik…ayahnye cepat lah bawa jumpa pakar….
umur dh lanjut pun x pandai….
Quote belacan_gurl 20-11-2022 04:56 PM
Begitulaaa ..yang muda kawin dgn org tua yang tak kaya...bila ada mslh kan kena meminta2 sbb dah x bekerja...tumpo
Quote Dollyzzzz 20-11-2022 05:03 PM
suka2 replied at 20-11-2022 03:23 PM
"Anak saya perlu berpantang tidak boleh kena pasir selagi majlis ini tidak diadakan. Dalam acara itu ...

Kerabat perak mmg ada adat ni. Turun temurun..adalah sebab tu knp dia nak buat juga. Lain sikit kerabat perak ni.

Lihat semua komen(212)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.097119 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top