CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Shahril Letak Jawatan, Mohon Zahid Hamid Hamidi Segera Undur Secara Hormat

20-11-2022 02:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3199| Komen: 38

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Alor Gajah, Melaka, Shahril Sufian Hamdan mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO susulan kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya ke-15 (PRU15).


Menurut Shahril, UMNO kini perlu mempertimbangkan langkah seterusnya dalam situasi tiada pihak mencapai jumlah majoriti iaitu 112 kerusi Parlimen.

Bagaimanapun, sebelum pimpinan tertinggi membuat perbincangan, beliau berpendapat bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berundur terlebih dahulu.


Foto: Kosmo

“Saya sependapat dengan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Iaitu, tanpa mengurangkan hormat kepada beliau, saya berpandangan bahawa Presiden UMNO dan Pengerusi BN perlu mengambil tanggungjawab kekalahan ini dan berundur secara terhormat.


“Biar kepimpinan dan individu lain memimpin perbincangan membuat keputusan besar seterusnya untuk parti ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Shahril berkata, atas semangat ‘tanggungjawab’ itu, beliau juga meletakkan jawatan selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

“Saya menghargai peluang yang telah diberikan dan tidak akan melupakannya. Cuma, ini soal maslahat yang jauh lebih besar. Seperti ramai yang lain, saya kekal setia bersama UMNO. Perjuangan parti belum selesai,” ujarnya.- CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 20-11-2022 02:08 PM
Hat muda plak yg letak jawatan

Kat socmed tu ramai dah ahli umno sendiri berbunyi minta org tua bersara
Quote September14 20-11-2022 02:12 PM
Yg x perlu lak pg letak jawatan
Quote jalfa 20-11-2022 02:14 PM
Terbaik..dahla kacak..besar hati plak letak jawatan.nanti buat comeback mana tau lepas ni ada muar ke..bagan datoh kosong sebab cek in sg buluh
Quote Perwira2022 20-11-2022 02:17 PM
Zahid Komedi betul betul jadi bahan komedi
Quote 3chanceno 20-11-2022 02:22 PM
Tunggu meeting apa cerita.....sekarang semua riuh rendah mintak komedi turun...mael penyu tunggu dijulang sambil pikir baju designer mana nak dipakai
Quote Solokkk 20-11-2022 02:23 PM
Terbaik….berani letak jawatan
Quote CARI-MRO 20-11-2022 02:23 PM
Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Alor Gajah, Melaka, Shahril Sufian Hamdan mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO susulan kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya ke-15 (PRU15).


Menurut Shahril, UMNO kini perlu mempertimbangkan langkah seterusnya dalam situasi tiada pihak mencapai jumlah majoriti iaitu 112 kerusi Parlimen.


Bagaimanapun, sebelum pimpinan tertinggi membuat perbincangan, beliau berpendapat bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berundur terlebih dahulu.




Foto: Kosmo




“Saya sependapat dengan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Iaitu, tanpa mengurangkan hormat kepada beliau, saya berpandangan bahawa Presiden UMNO dan Pengerusi BN perlu mengambil tanggungjawab kekalahan ini dan berundur secara terhormat.


“Biar kepimpinan dan individu lain memimpin perbincangan membuat keputusan besar seterusnya untuk parti ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.


Mengulas lanjut, Shahril berkata, atas semangat ‘tanggungjawab’ itu, beliau juga meletakkan jawatan selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia.


“Saya menghargai peluang yang telah diberikan dan tidak akan melupakannya. Cuma, ini soal maslahat yang jauh lebih besar. Seperti ramai yang lain, saya kekal setia bersama UMNO. Perjuangan parti belum selesai,” ujarnya.- CARI


Sumber: Kosmo
Quote Kak-Rohana 20-11-2022 02:24 PM
Wak pun menang tipis je dek. Haruslah jd Jibby pt2 jugak gittchew
Quote krustykrab 20-11-2022 02:25 PM
Cepat la resign, org dh menyampah sgt ni
Quote bungarose 20-11-2022 02:28 PM
Ngkorang juger yang pilih dia
Hadap ajer ler sikap tamak haloba nyer
Quote virgocircus 20-11-2022 02:32 PM
3chanceno replied at 20-11-2022 02:22 PM
Tunggu meeting apa cerita.....sekarang semua riuh rendah mintak komedi turun...mael penyu tunggu dij ...

Menantu seronok dpt menempel skali....hoho
Quote juboqhang 20-11-2022 02:32 PM
Bubar.. bubar. Senjata dah makan tuan wey

Quote Piramida 20-11-2022 02:34 PM
Happy lah ketua tu, org lain yg letak jawatan.
Quote Suchi 20-11-2022 02:34 PM
Noh omar pun dah letak jawatan
Quote delia3003 20-11-2022 02:36 PM
Edited by delia3003 at 20-11-2022 02:37 PM

Tan Sri Noh Omar pun dah letak jawatan sebagai Pengerusi perhubungan UMNO negeri Selangor tapi masih lagi ahli MKT. Dia pun tak tercalon PRU 15, nampak sgt presiden pun dah tak nak dia.


Harap ramai lagi yang bersuara
Quote 3chanceno 20-11-2022 02:38 PM
virgocircus replied at 20-11-2022 02:32 PM
Menantu seronok dpt menempel skali....hoho

Semua lah satu rombongan cik kiah nanti  peemm yg peragakan baju n kasut mewah  apa2 pun tunggu arahan wak, baru gerak
Quote 3chanceno 20-11-2022 02:40 PM
juboqhang replied at 20-11-2022 02:32 PM
Bubar.. bubar. Senjata dah makan tuan wey

Tu dia...selagik tak bubar, selagik tu je, hulur ke hilir, bubar bubar  cam tak menyempat tunggu tahun depan, nie dah dapat apa yg di inginkan...

wak jangan lupa ya, file di atas meja
Quote tupai 20-11-2022 02:44 PM
Si presiden x tau malu ni bila nk resign…bapak dgn anak mmg dua2 muka tembok…cepat2 la kau check in sg buloh…menyemak je
Quote zeed 20-11-2022 02:47 PM
BN kena reform then boleh tawan hati utk menang next pru. Sebagai ex totok ph mmg aku dah plan nak undi BN. Tapi sebab zahid tu angkuh bebeno dgn anaknya, aku seing to PN.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.094638 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top