CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Macam Duduk Dalam Gelap, Tak Boleh Keluar,"- Dah 3 Bulan Ajoi Zainal Derita Masalah Mental

20-11-2022 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1518| Komen: 2

Ajoi Zainal mengakui melalui fasa paling buruk dalam dirinya sejak tiga bulan kebelakangan ini akibat masalah kesihatan mental seperti yang pernah dikongsi sebelum ini.


Ajoi atau Qaidzul Zainal Abidin, 24, menyifatkan dia seperti berada dalam tempat gelap akibat masalah itu sehingga menyebabkan dia sukar ‘keluar’ daripadanya.

Foto: IG

“Tiga bulan lebih ini adalah fasa paling teruk dalam hidup saya. Terima kasih kepada yang memberikan kata-kata semangat selepas saya membuat pengumuman tentang masalah kesihatan mental.

“Ia bagai berada dalam tempat gelap dan mungkin akan berlarutan lebih lama. Namun anda mengingatkan saya walau apa yang terjadi pasti akan ada cahaya,” katanya.




Ajoi berkata demikian menerusi satu hantaran di Instastory pada awal pagi Ahad.

Dia sebelum itu dilihat turut keluar menjalankan tanggungjawab membuang undi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu.

Peserta program Big Stage 2022 (BS2022) ini juga masih belum bersedia untuk berkongsi lanjut tentang dirinya meskipun menerima banyak pesanan bertanya khabar di laman sosial.



“Saya terima banyak direct message sebelum ini dan tidak membaca kerana ketika itu mental belum bersedia. Sekarang ini bila tengok macam rasa ada orang potong bawang di sebelah.

“Insya Allah saya akan kongsi apa yang terjadi bila sudah rasa selesa nanti,” jelasnya.

Ajoi sebelum ini mendedahkan masalah yang dihadapi itu sempena dengan Hari Kesihatan Mental 2022 pada 10 Oktober lalu.



Disebabkan perkara tersebut dia tidak berkongsi sebarang perkembangan peribadi di media sosial atau menjawab panggilan.

Terkini Ajoi meluahkan rasa tidak sabar untuk melancarkan lagu pertama selepas tamat program BS2022.

“Saya harap dapat membalas jasa anda semua. Saya tidak sabar untuk membuat kemunculan pertama,” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 21-11-2022 09:50 AM
lebihkan la beribadah ya dekkk
Quote drivethru 21-11-2022 09:52 AM
No sorang lagi. Kalau rambut hitam, x mekap, muka hensem jer. Bila kaler rambut, mekap sikit, bapok habis.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.031734 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top