Pengacara sensasi, Azwan Ali menjadi pengundi pertama yang tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Klang Gate, Gombak hari ini. Azwan, 56, yang juga popular dengan gelaran Diva AA tiba pada pukul 7.25 pagi dengan berjubah hitam.
Usai mengundi, Azwan ketika ditemui wartawan mengucapkan good luck kepada abangnya yang juga calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. “Azmin, good luck. Kepada yang masih tidur tolong tunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi,” katanya berseloroh. Azwan sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menarik diri pada saat akhir sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Gombak bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengacara popular itu juga memberitahu, dia menarik diri selepas ‘dinasihatkan’ arwah ibunya, Mak Tom dalam mimpi. Kerusi panas Parlimen Gombak menyaksikan persaingan lima penjuru membabitkan Azmin (PN), calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amiruddin Shari; calon Barisan Nasional (BN), Datuk Megat Zulkarnain Omar Din, calon Gerakan Tanah Air (GTA), Jamaludin Mohd Tahir serta seorang calon bebas yang, Zulkifli Ahmad. Sumber: Utusan |
Suchi replied at 19-11-2022 10:42 AM
Nanti bukak la trit retis2 pi ngundi nak tgk skit retis mana yg dah tua bangka pun masih tak tunaika ...
nevberg replied at 19-11-2022 11:48 AM
saja la jalan2 ig retis..awie tak ngundi sebab gi umrah
Neelofa sudah, nora danish sudah..
nevberg replied at 19-11-2022 03:48 AM
saja la jalan2 ig retis..awie tak ngundi sebab gi umrah
Neelofa sudah, nora danish sudah..
Suchi replied at 19-11-2022 11:53 AM
Sapa artis terpaling patriotik tu huhu? Che ta tgh beratur lagi dia ngundi kat keramat.
Lofa tu n ...
nevberg replied at 19-11-2022 11:48 AM
saja la jalan2 ig retis..awie tak ngundi sebab gi umrah
Neelofa sudah, nora danish sudah..
nadie90 replied at 19-11-2022 11:57 AM
Dato' Awie ni antara yg TERPALING berbunyi psl penganjur2 dok jemput artis luar negara buat konser ...
ADVERTISEMENT