Jarak usia sembilan tahun tidak menjadi penghalang pendakwah sensasi Da'i Syed Ikmal terpikat dengan kelembutan pengacara Hana Ismail.
“Mungkin sifat dia yang buat saya terpikat. Walaupun usia kami beza 9 tahun tapi pemikiran kami sama cuma personaliti saja berbeza. Saya agak nakal-nakal sikit, dia pula lembut. Jadi, sifat dia tu mempengaruhi saya,” katanya kepada Gempak. Sebelum ini, pelakon Datin Umie Aida berkongsi mengenai pertunangan pasangan itu di Instagramnya. “Sebenarnya majlis merisik dan bertunang itu diadakan di 23 Oktober lalu. Sebelum ini kak Umie pernah post tapi dia padam. Sebab waktu itu belum sesuai untuk dikongsikan.
“Sekarang ini barulah bersesuaian untuk umum sebab kami akan berkahwin dalam masa terdekat. Nanti saya akan kongsi dan ajak media ke majlis pernikahan kami. “Insya-Allah kami akan bernikah di masjid di KL pada pagi manakala majlis resepsi pula akan diadakan di sebelah malam di Subang Jaya,” ujarnya. Dedahnya, dia jatuh hati pada Hana di sebuah majlis ilmu yang diadakan di kediaman Umie. Malah, pelakon itulah yang menjadi orang tengah dalam perhubungan mereka. “Saya tahu kewujudan dia sebagai pengacara TV tapi saya tak pernah berkenalan melalui DM. Boleh katakan kak Umie la menjadi orang tengah perkenalan kami. “Saya mula jatuh hati dengan Hana semenjak kami bertemu di majlis ilmu yang diadakan di rumah kak Umie. Pertama kali jumpa, perasaan saya rasa lain… rasa seperti ada ‘spark’ antara kami. “Sejak itu, saya bercakap dekat kak Umie dan Kak Umie yang arrange kan pertemuan kami untuk berkenalan di rumahnya selama sejam,” ujarnya. Kredit video: IG Wah, cinta pandang pertama lah ni ya? Kiranya Umie Aida ni matchmaker Da'i Syed dan Hana lah siap rancang pertemuan untuk pasangan ini. - CARI |
nur123 replied at 18-11-2022 12:54 PM
hana lembut ke. tgk kt lat dia mcm seoranh yg firm. nk memang je. xsesuai Hana dgn dia nk. please C ...
gideoncross replied at 18-11-2022 01:08 PM
Dh ada glaran raper pun still boleh khwin Yizlamik, klau org biasa, dh lma msuk pnjra dh.
gideoncross replied at 18-11-2022 01:08 PM
Ni "nuna-dongsaeng" type of relationship ke? Sjenis yg d minati oleh ummah SK & Kpoppers.
diamondhoney replied at 18-11-2022 03:22 PM
Takde state umo kat artikel,.jarak 9 taun ni si rapist yang trlebih tua or hana yang terlebih muda : ...
orenmango replied at 18-11-2022 01:52 PM
Raper ke rapist dik gideon? Daie ni ada nyanyi rap ke?
ADVERTISEMENT