Pihak penganjur konsert digesa supaya turut melibatkan artis tempatan ketika menganjurkan persembahan bersama artis luar negara sebagai peluang untuk mereka menyerlahkan bakat.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek berkata Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) sebagai unit bertanggungjawab turut diarah supaya bergerak lebih aktif bersama pihak berkaitan bagi memastikan segala urusan berkaitan persembahan artis luar negara berjalan lancar. Mohammad berkata setakat November 2022, Puspal telah menerima sebanyak 392 permohonan merangkumi 322 permohonan bagi persembahan artis luar negara dan 70 permohonan bagi penggambaran filem dan dokumentari.
"Sebaik-baiknya, apabila kita jemput artis luar negara untuk buat persembahan, jemput juga artis dalam negara sebagai persembahan pembukaan supaya kita turut mempromosikan mereka selain menggalakkan kehadiran artis luar negara," katanya. Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku ‘Filming in Malaysia Guidebook’ dan garis panduan Puspal cetakan kelima di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Mohammad berkata buku terbitan K-KOMM itu antaranya mengandungi proses dan prosedur untuk pihak produksi membuat penggambaran di Malaysia, infrastruktur dan fasiliti yang disediakan serta insentif yang ditawarkan kepada produksi luar negara. Sumber: Bernama |
sawks_rawks replied at 20-11-2022 08:28 PM
Konsert so7 thn 2015 x silap.. opening Noh hujan..
Konsert noah 2017.. satu lagu collab ngn altimet. ...
ADVERTISEMENT