Nama pelakon Lufya Omar semakin hangat menjadi bualan hangat warganet apabila berbalas kenyataan dengan bekas suami mengenai isu nafkah anak. Baru-baru ini, penyanyi itu memuat naik sebuah hantaran mendedahkan puteri tunggalnya, Laana Haura pernah mengalami trauma sehingga memukul mukanya sendiri semasa masih bayi.
Namun, berkat usahanya dan ahli keluarga lain menjaga dan mendapatkan rawatan untuk Haura, dia kini menjadi anak yang kuat dan positif. “Kami usaha dari dia ada trauma masa kecik (selalu pukul muka), speech delay dan hyperactive. Sekarang Haura berubah menjadi anak yang suka senyum, positif, baik dan strong.
“Perubahan yang sangat banyak. Lufya bawak pergi terapi untuk bantu Haura. Alhamdulillah dah lancar bercakap. Fya tak pernah share ni sebenarnya walaupun kita ini ibu tunggal kita pasti boleh mendidik anak dengan baik dan lebih mudah dengan sokongan keluarga,” tulis Lufya. Sehubungan itu, dia meminta orang ramai untuk memberikan sokongan kepada mana-mana individu yang mengalami nasib yang sama sepertinya. Bukan itu sahaja, Lufya turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa memberi kata-kata positif kepada mereka yang berdepan perceraian untuk mengelakkan perkara buruk berlaku. “Berikanlah sokongan kepada ibu-ibu ini untuk bangkit meneruskan kehidupan, mendoakan lebih baik dari mencela kerana kita masing-masing tidak tahu ujian apa yang Allah siapkan untuk kita di masa hadapan,” luahnya lagi. Sumber: Xtra |
kukukatablog replied at 18-11-2022 08:48 AM
dia ni cam bnyak duit gak kan, walaupon jon as artis nampak cam x lebat...
ADVERTISEMENT