CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Apa Beza Kalau Calon Itu Bergelar Artis? Yang Penting Wakil Rakyat Boleh Buat Kerja - Eizlan

18-11-2022 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 736| Komen: 4

Description: Pelakon juga calon bertanding bagi Parlimen Sabak Bernam, Datuk Seri Eizlan Yusof, 51, menyifatkan tiada beza dalam kerjaya awal seseorang bakal wakil rakyat itu, asalkan paling penting boleh buat ker ...
Pelakon juga calon bertanding bagi Parlimen Sabak Bernam, Datuk Seri Eizlan Yusof, 51, menyifatkan tiada beza dalam kerjaya awal seseorang bakal wakil rakyat itu, asalkan paling penting boleh buat kerja.


Eizlan atau nama sebenarnya, Idris Md Yusof berkata, kriteria utama untuk seorang bakal wakil rakyat, pastinya berkemampuan membawa isu dan permasalahan rakyat ke peringkat parlimen untuk dibahas, seterusnya dapat diselesaikan.


Eizlan (tengah) bersama petugas APM di PPS Dewan Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, ketika melawat mangsa banjir di situ.

"Apa bezanya kalau calon itu, dia seorang doktor, peguam, guru, petani atau artis, bergelar YB (Yang Berhormat)? Pada saya, paling penting dia boleh bekerja untuk rakyat. Itu tanggungjawab yang paling utama.


"Rakyat bertindak memilih calon wakil rakyat untuk satu-satu kawasan agar prihatin dengan setiap permasalahan berlaku dan pemimpin berkenaan membantu menyelesaikannya. Dari mana karier awal bakal wakil rakyat itu bermula, bukan persoalannya.

"Saya tahu, sehingga sekarang masih lagi ada pihak mempertikaikan pembabitan golongan artis atau selebriti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini, kononnya artis tak layak jadi ahli parlimen," ujarnya.


Eizlan bersama anggota APM. FOTO Syahsam Photography 

Eizlan berkata, beliau berkecimpung dalam karier seni lebih tiga dekad sebelum ini kerana minat.

Katanya, semua orang sudah tentu ada impian dalam karier yang ingin diceburi pada usia muda.

Kini, Eizlan juga bergelar ahli perniagaan.

"Ada ketika kita kena buat sesuatu yang lebih besar untuk kebaikan semua orang. Saya jadi pelakon memang sebab minat. Tapi, saya juga orang yang bekerja. Apabila diberikan tanggungjawab (sebagai pelakon), saya tetap kena jalankan tugas diamanahkan itu dengan baik.

"Contoh lain, ketika saya diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dulu, kurang setahun berkhidmat tapi saya bersama rakan, Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas ketika itu, dapat membawa badan kerajaan berkenaan memperoleh Sijil Bersih, tahap tertinggi daripada Jabatan Audit Negara," katanya.

Terdahulu, Eizlan yang menggalas jawatan Penolong Pesuruhjaya Bersekutu, Angkatan Pertahanan Awam (APM), berkesempatan membuat kunjungan hormat ke Pejabat Daerah APM, Sabak Bernam.

Beliau juga turun padang melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Bagan Nakhoda Omar.

Berikutan hujan lebat yang berlaku, ia mengakibatkan kejadian banjir melanda di beberapa kawasan di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.

Selaku calon bertanding di kawasan itu pada PRU15, Eizlan meluangkan masa menyantuni mangsa-mangsa banjir di PPS berkenaan.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 18-11-2022 01:14 PM
Kalo nak jd calon harus guna nama sebenar yeeee. Barulah valid uols. Ni nama komersial plak. Politik and hiburan xsama.
Quote Sunkiss8999 18-11-2022 03:28 PM
Ya allah..nama betul heolss deris rpe nye..kemain nama glamour..
Quote jasmeen 18-11-2022 03:30 PM
kacaknya  heollllsss walaupun dah berubannnn...
Quote doubleharmonic 18-11-2022 03:37 PM
Mulotkoyak replied at 18-11-2022 01:14 PM
Kalo nak jd calon harus guna nama sebenar yeeee. Barulah valid uols. Ni nama komersial plak. Politik ...

wak yidin tak guna nama betul elok jah jadi pm. sampai ada kes mahkamah dibatalkan lagik

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.039666 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top