CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Dera Bini Baru Pulak", Tular Video Bekas Suami Kepada Seorang Penyanyi Dera Seorang Wanita

17-11-2022 10:37 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 27671| Komen: 151



Tular satu video seorang lelaki dipercayai suami mendera seorang wanita di sebuah rumah semalam telah menimbulkan kecaman netizen.

Seorang wanita dan kanak-kanak wanita turut berada di dalam video berkenaan tanpa mengetahui dimanakah lokasi kejadian, lapor Kosmo.

Dalam video berdurasi satu minit tujuh saat yang tular di aplikasi Tiktok itu menunjukkan lelaki berambut panjang itu menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa di heret dan di tendang di bahagian muka serta badan berkali-kali.

Kanak-kanak perempuan itu juga kelihatan menangis sambil menangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada individu berkenaan.


Melalui kapsyen video berkenaan menyatakan lelaki itu didakwa merupakan bekas suami kepada seorang penyanyi.

“Dia dera bini baru pulak (pula) tolong viralkan…dia dah dera separuh mati,” ujarnya.

Susulan perkongsian itu rata-rata pengguna Tiktok meminta pihak berkuasa untuk menjalankan sisatan terhadap video yang tular itu.

“Dekat mana..call polis,” kata netizen.

“Yang rakam ni call la polis…rakam je buat apa,” kata netizen lain.

Apa lah salah wanita tersebut sampai diperlakukan seperti itu. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cokoro 17-11-2022 10:44 PM
Edited by Cokoro at 26-12-2022 09:06 AM

uitt
Quote sikatkutu 17-11-2022 10:45 PM
tak kan johny dep kan
Quote TerataiMelur02 17-11-2022 10:46 PM
Awal pulak masuk..belum ada yang tumpah teh.
Tapi iols nak tembak bekas suami zz?
Quote Note8687 17-11-2022 10:50 PM
Aku baca kat fb td ex laki amelina. Tak tau la betul ke idok
Quote dani-rox 17-11-2022 10:54 PM
dera2 bini ni bukan kategori buka aib ke, kalo ikut pandangan acik2 bodgos?

yg tukang rakam tu drpd ko share kat socmed, baik ko report polis secepat yg mungkin. selamatkanlah anak beranak tu. kesian sangat esp dgn si anak. mesti dia ketakutan dan trauma dgn jantan bangkai tuh.
Quote Mopiko 17-11-2022 10:54 PM
tak boleh tengok lah kejam2 macam ni..sepak muka pulak tu...dayus
Quote hareeeesah 17-11-2022 10:55 PM
Nak tgk video.. sapa plak yg record ni.. mesti dah selalu kena ni br dpt record as bukti kot
Quote Mopiko 17-11-2022 10:56 PM
dani-rox replied at 17-11-2022 10:54 PM
dera2 bini ni bukan kategori buka aib ke, kalo ikut pandangan acik2 bodgos?

yg tukang rakam tu drpd ...



ada tengok kat mana tadi. yg peliknya nampak ada makcik tengah sidai kain tu..amah dia ke.macam tak peduli langsung
Quote orkidorkido 17-11-2022 10:57 PM
Haramjadah betul jantan macam ni
Semoga kena teruk kau dalam lokap
Quote Dolmat 17-11-2022 10:57 PM
Jantan macam gini keropok kasi kicap bagussss ni! Jantan hanat tol!
Quote Carcosa 17-11-2022 10:57 PM
TerataiMelur02 replied at 17-11-2022 10:46 PM
Awal pulak masuk..belum ada yang tumpah teh.
Tapi iols nak tembak bekas suami zz?

Screenshot_20221117_225657.jpg

Taklah chuols, bukan.
Nmpk dari tepi, bukan. Gigih kan meols zoom?
Quote ellejo 17-11-2022 10:59 PM
husin ke tu? macam husin
Quote Dolmat 17-11-2022 10:59 PM
Carcosa replied at 17-11-2022 10:57 PM
Taklah chuols, bukan.
Nmpk dari tepi, bukan. Gigih kan meols zoom?

Ni rentapppppp dia punya rambut sampai tercabut bagus ni!
Quote makiting 17-11-2022 10:59 PM
Saya dapat ni dlm group tele info semasa

Image 2.png Image 1.png
Quote makiting 17-11-2022 11:01 PM
Ada yg kata bekas suami ZZ.. xpasti.. cuma kesian isterinya tu..salah mcmana pun xblh pukul.. sedangkan dunia pun ada undang2 xblh sebarangan jatuh hukum..
Quote Carcosa 17-11-2022 11:01 PM
Screenshot_20221117_225956.jpg

Meols dah terjah TikKetok
Tapi terus keluar suara budak tu meraung menangis Meols kalau budak, haishhh xboleh la
Meols SS je tajuk dia yach
Quote makiting 17-11-2022 11:02 PM
Carcosa replied at 17-11-2022 10:57 PM
Taklah chuols, bukan.
Nmpk dari tepi, bukan. Gigih kan meols zoom?

Dlm video yg betul blh nampak agak jelas mukanya
Quote makiting 17-11-2022 11:03 PM
Carcosa replied at 17-11-2022 11:01 PM
Meols dah terjah TikKetok
Tapi terus keluar suara budak tu meraung menangis  Meols kala ...

Mmg rasa sedih kalau tengok video tu.. kemurungan kita kejap
Quote dani-rox 17-11-2022 11:03 PM
Mopiko replied at 17-11-2022 10:56 PM
ada tengok kat mana tadi. yg peliknya nampak ada makcik tengah sidai kain tu..amah dia ke.macam t ...

agaknya makcik tu terpaksa buat2 tak nampak, tak berani nak masuk campur.

Lihat semua komen(151)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.127151 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top