CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

FDAM Akan Ambil Tindakan Terhadap Syarikat Produksi Dan Stesen TV Tak Benar Penggiat Seni Keluar Mengundi

17-11-2022 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 672| Komen: 0

Persatuan Filem Malaysia (FDAM) akan mengambil tindakan terhadap syarikat produksi dan stesen TV yang tidak membenarkan penggiat seni keluar mengundi pada Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.


Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim atau Mat London berkata, sebagai rakyat Malaysia, penggiat seni turut bertanggungjawab untuk keluar mengundi tanpa sebarang alasan, kekangan atau isu melibatkan kerja pada tarikh berkenaan.

"Kami mengambil serius tentang hari mengundi ini kerana penggiat seni juga merupakan penentu masa depan negara kita.

"Saya mohon kepada semua syarikat produksi dan stesen TV agar menyusun semula jadual dan tarikh penggambaran yang jatuh pada hari mengundi," katanya.


Mat london, Foto: google


Sementara itu, Ahmad berkata, FDAM turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas keprihatinan kerna memberi pelepasan khas pada 18 November untuk membolehkan orang ramai pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

"Semestinya ada penggiat seni yang akan pulang mengundi di kampung. Ini akan membantu mereka merancang sebelum memulakan perjalanan," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad turut menyeru kepada semua penggiat seni untuk bersama-sama menjalankan tanggungjawab dengan keluar mengundi Sabtu ini.

"Penggiat seni juga penentu masa depan negara Malaysia, jadi mari bersama-sama kita tunaikan kewajipan kepada negara tercinta ini," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.034310 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top