CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bisnes Pilihan Raya Kurang Hangat

16-11-2022 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 943| Komen: 5

Kempen pilihan raya dan “perang bendera” yang kurang hangat menyebabkan jualan barangan logam dan perkakasan tidak menampakkan peningkatan pada pilihan raya kali ini.


China Press melaporkan, peniaga pada asalnya menjangkakan jualan paip PVC atau batang kayu untuk tujuan memacak bendera parti akan meningkat, tetapi apa yang diharapkan tidak menjadi.


Perang bendera antara parti yang bertanding kian hangat apabila kibarannya mula menghiasi di sekitar jalan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Gugusan Manjoi, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 07 NOVEMBER 2022.

Presiden Persatuan Pemborong Barangan Logam Malaysia, Liu Qing He berkata, bisnes adalah sepi pada musim pilihan raya kali ini.


“Perniagaan adalah lebih baik semasa pilihan raya lalu, mungkin kali ini parti politik kekurangan dana untuk berkempen,” katanya kepada China Press.

Beliau berkata,  parti -parti politik biasanya memilih paip PVC yang lebih murah berbanding batang kayu untuk memacak bendera dalam kempen.

Katanya, pilihan raya kali ini bagaimanapun tidak menghangatkan jualan, malahan perniagaan boleh dikatakan sepi.

“Perniagaan sepi mungkin kerana rentak pemulihan sektor pembinaan yang perlahan, tidak banyak projek baharu dan kekurangan pekerja, menyebabkan permintaan untuk pelbagai perkakasan berkurangan,” katanya.


Sumber: MalaysiaGazette





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 16-11-2022 06:24 PM
harus lah.. banker kan dah masuk penjara

tinggal la yg kaya atas paper saje

mana maunyehhhh
Quote makadek 16-11-2022 06:25 PM
PN kt tmpt aku menang bendera
Byk duit abah
Quote kepompong 16-11-2022 06:30 PM
bendera tempat i pakai buluh hijau . ada nampak dacing & harapan merata2 jugak tapi mmg tak meriah sgt lah. i bercita2 nak tolong cabut buluh hijau tu & bawak balik jadikkan junjung/pancang pokok blue ternate, kacang botol, & penanda pokok2 baru. Maybe dorang mmg ambik kat tepi sungai , nak suruh hb ambikkan mmg tak lah dgn miangnya & nak kena pegi tebing sungai . nasib baik adik2 penyokong dah tolong potong2 buluh tu utk i
Quote alesandra 16-11-2022 06:58 PM
makadek replied at 16-11-2022 06:25 PM
PN kt tmpt aku menang bendera
Byk duit abah

Aku perati kt tempat aku pun mcm tu jugak.utk level parti gabungan baru ..jentera  pn lagi dasyat dari bn.ph pulak mmg forever sengkek
Quote makadek 16-11-2022 09:13 PM
alesandra replied at 16-11-2022 06:58 PM
Aku perati kt tempat aku pun mcm tu jugak.utk level parti gabungan baru ..jentera  pn lagi dasyat  ...

Ph mmg sengkek tp set dorg tadbir selangor
Mcm2 dpt, diorg boleh jimat byk dr zmn khalid lg camtu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.047598 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top