CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belum Keluar Sebarang Laporan Akhir, Ilham Centre Nafi Ramal 87 Kerusi Dimenangi PH

16-11-2022 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1047| Komen: 4

Badan penyelidik, Ilham Centre menafikan mengeluarkan sebarang laporan akhir cerapan lapangan berhubung Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengarah Eksekutifnya, Hisommudin Bakar berkata, sebarang sebaran daripada badan penyelidik itu hanya akan dimaklumkan menerusi laman rasmi Ilham Center dan akan dipanjangkan kepada media 18 November ini.



Mesej palsu yang ditularkan semalam

“Mutakhir ini, keluar beberapa perkongsian dapatan daripada Ilham Center berkaitan bilangan pecahan kerusi-kerusi yang bakal ditandingi oleh parti-parti yang bertanding dalam PRU15.

“Untuk makluman, pihak kami belum mengeluarkan sebarang laporan akhir berkaitan cerapan lapangan pada waktu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Kenyataan itu dikeluarkan susulan, tular satu jadual yang menunjukkan unjuran badan penyelidik, bahagian risikan dan agensi berkaitan, berhubung kedudukan kerusi yang boleh dimenangi parti-parti yang bertanding pada PRU15.

Menerusi jadual berkenaan, setakat 6 pagi tadi, Ilham Centre dikatakan mengunjurkan Pakatan Harapan memiliki kerusi terbanyak dengan 87 kerusi diikuti Perikatan Nasional (46) manakala Barisan Nasional (39).


Sumber: MalaysiaGazette




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 16-11-2022 03:40 PM
Edited by Simunggu at 16-11-2022 03:41 PM

aku heran asal berita palsu shj mesti PH
asal PH shj mesti kencing...
JANGANLAH OBJEKTIF MENUMBANGKAN BN MENGHALAKAN CARA...DAH SAH SAH KAMU PH TAK BETUL
Quote tekken 16-11-2022 03:47 PM
dapat ramalan ni...diramalkan dpt undi tertinggi..
Quote Nurdianah 16-11-2022 03:48 PM



Quote R2D2 19-11-2022 10:17 PM
lagi baki 17 kerusi

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.037863 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top