CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dikecam Prank Anak Saudara Jadi Gelandangan

16-11-2022 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1994| Komen: 8

Kuala Lumpur: 'Kreativiti' seorang pemuda, Nur Syahzuan Yunus, 21, yang mahu membuat 'prank' anak saudaranya sempena ulang tahun kelahiran ke-11 kanak-kanak itu, baru-baru ini, mengundang kecaman.


Apa tidaknya, hantaran video yang dikongsikan Syahzuan di aplikasi TikTok itu memaparkan anak saudaranya, Saiful Aniq Rayyan Saiful Fadhirul sebagai gelandangan sebelum dibersihkan dan menjalani 'make over'.

Syahzuan berkata, dia tidak menjangka video itu menjadi tular hingga mencecah 2.9 juta tontonan.




"Tujuan saya bukanlah mencari perhatian atau publisiti untuk menjadi terkenal dengan cara begitu. Niat saya sebenarnya adalah untuk 'prank' anak saudara sempena hari jadi dia yang ke-11 pada 10 November lalu.


"Disebabkan saya belum bekerja dan masih belajar, jadi itu satu cara untuk saya bagi hadiah melalui 'views' atau jumlah tontonan, komen dan tengok reaksi dia macam mana.

"Namun, tidak menjangka pula hantaran itu boleh tular hingga mencecah 2.9 juta tontonan dan hampir 5,000 komen tak sampai 24 jam. Anak saudara saya memang tak tahu perkara itu, hanya saya dan mak dia saja yang tahu," katanya.

Disebabkan itu, Syahzuan memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang sudah menonton hantaran itu kerana menganggap ia kisah benar.

"Ada yang memuji, mendoakan, ada yang sudah tahu itu ia sekadar kandungan. Malah ada yang sanggup memberi bantuan dan yang paling menarik bila kebanyakannya komen 'pulangkan air mata saya'.

"Mungkin disebabkan ayat dan gambar yang saya guna itu menjadikan mereka tertarik sehingga percaya dan terpedaya sebelum melihat orang ramai komen yang mengatakan saya menipu," katanya.

Menurutnya, gambar anak saudaranya berbaju koyak dan kotoran itu hanyalah solekan untuk pertandingan fotografi yang disertai tahun lalu.

"Anak saudara saya tak tahu yang saya nak muat naik di TikTok. Dia cuma nampak saya sunting saja gambar dia dan tanya buat apa. Apabila dia tahu perkara sebenar, dia terkejut sebab sampai berjuta orang tengok dia. Dia pinjam telefon mak dia untuk baca komen lepas tu senyum seorang diri.

"Bila saya tanya apa perasaan, marah tu pasti tapi lebih kepada suka rasanya sebab ramai puji dia kacak. Saya dengan anak-anak saudara memang selalu 'prank' dan buat cabaran. Jadi, giliran dia kena 'prank' kali ini," katanya.

Sebelumnya, foto anak saudaranya yang dijadikan gelandangan itu mendapat sagu hati ke-10 pada pertandingan anjuran PORT Unity Thru Art. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 16-11-2022 10:25 AM
sebenarnya kau yang kebuloq attention & views kan.... kau lah punca orang malas nk kesian kesian lagi dekat gelandangan...sama macam content social experiment sampah yang lain... lama-lama society akan jadi macam kat negara China...mati tepi jalan pun orang malas nak kisah dah..kena langgar ke, beranak tepi jalan ke mampos orang nak layan... dewasayu je layan kau..
Quote imransulaiman 16-11-2022 10:36 AM
Mesti jadi bodoh dulu, baru mengaku kesilapan dan minta maaf. Kes diklasifikasikan sebagai "selesai.


Sekian cara-cara buat tahi di Malaysia.
Quote Naru 16-11-2022 11:23 AM
esk lusa ko berak kasi 1 dunia tonton.
Quote Sazreena 16-11-2022 02:32 PM
Sampah..demi content.
Quote rosedemon 17-11-2022 09:37 AM
alahhhh bodonya aku ada tgk kat tiktok mmg cam bodooooo ko ni
Quote afie_m 27-11-2024 02:39 PM
nak pulak mak dia eh buat anak dia mcm tu..hanya kerana view
Quote hokeypokey 27-11-2024 02:45 PM
gambar tak nampak real, nampak sgt makeup & posing.. dh mmg sbb tak real & berlakon jer kan.. tapi tahniah ler dh berjuta view
Quote boo09 18-12-2024 08:15 AM
ጋዐ ሃዐ፱ ሠልክፕ ጮቹ ፕዐ?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.156040 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top