CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sandal Terpakai Termahal, Sandal Steve Jobs Dibeli Dengan Harga Hampir RM918,602

15-11-2022 11:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1044| Komen: 3

Description: Seorang pembida menjadi pemilik sandal pengasas jenama Apple, Steve Jobs dengan harga yang cukup mahal.Sandal warna coklat jenama Birkenstock tersebut dibeli dengan harga mencecah $200,000 atau sekita ...
Seorang pembida menjadi pemilik sandal pengasas jenama Apple, Steve Jobs dengan harga yang cukup mahal.

Sandal warna coklat jenama Birkenstock tersebut dibeli dengan harga mencecah $200,000 atau sekitar RM918,602 dalam sebuah acara lelongan yang diadakan baru baru ini.


Acara yang dikenali sebagai Julien's Auctions' "Icons and Idols: Rock 'n' Roll" itu dipercayai melelong barangan seperti baju, instrumen dan perhiasan dari pemuzik sehingga ikon dunia termasuk Elvis Presley, Kurt Cobain dan John Lennon.


The Economic Times

Pembelian tersebut menjadikan ia sebagai harga termahal yang pernah dibayar untuk sepasang sandal terpakai, dakwa organisasi lelongan, lapor CNN.


Organisasi dari California itu melabelkan sandal milik Jobs sebagai sudah dipakai namun masih memiliki nilai tinggi. Ia merupakan sandal dibeli dan digunakan Jobs sekitar tahun 70 sehingga 80-an.

Jobs meninggal dunia pada 2011 akibat kanser.

Pada Oktober tahun lalu, sepasang kasut Nike Air Ships milik legenda bola keranjang, Michael Jordan telah terjual dengan harga RM6.7 juta menjadikan ia sebagai sebuah rekod penjualan tertinggi kasut sukan atau sneaker dalam satu lelongan.


Sumber: Gempak





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 16-11-2022 10:17 AM
Mesti masam ade bau kaki
Quote ctaz 16-11-2022 10:38 AM
bau cekam pun ado org bayo ...
Quote Naru 16-11-2022 11:22 AM
nak buat apa sandal ni?  nak cium2 sebelum tdo ke?  mengambil berkat gitu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.041931 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top