Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) tidak menolak jika dipertemukan jodoh sekali lagi dengan jejaka lain selepas kehilangan suaminya Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung dua tahun lalu.
Pun begitu, menurut Bunga bakal suaminya itu nanti harus menerima hakikat Ashraf akan tetap selamanya berada di hati. “Sebenarnya bersedia atau tidak (kembali berumahtangga), saya juga masih belum jelas dengan perasaan sendiri. Stabil, tetapi masih sukar melupakan semua memori lalu. “Justeru, jejaka yang ingin mendekati dan mahu memperisterikan saya perlu sedar dan menerima bahawa Ashraf sentiasa berada dalam hati saya selama-lamanya.
“Jika dia sedar hal itu, baru boleh ke fasa seterusnya,” katanya kepada Astro Gempak ketika melancarkan konsertnya Blossom Bunga Citra Lestari pada minggu lalu. Konsert Blossom- Bunga Citra Lestari yang dibawakan oleh Icon Entertainment akan berlangsung pada 27 Januari 2023 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 malam. Pun begitu, pelantun lagu Wanita Terbahagia itu akui dia sama sekali tidak pernah terdesak untuk mencari teman hidup dan menegaskan Ashraf tiada gantinya. “Saya juga tidak paksa diri untuk bertemu seseorang, tetapi enggan juga menolak (berjumpa orang lain). Kita tidak tahu apa yang Allah SWT sudah takdirkan dalam hidup ini. Jalani sahaja mengikut apa yang Dia aturkan. “Mencari seseorang pada usia dan status sekarang sangat berbeza berbanding zaman bujang. Banyak fasa dan perkara yang perlu dipertimbangkan. Jika bertemu dengan individu yang memenuhi syarat, saya serahkan semuanya kepada Tuhan,” katanya lagi.
|
aTiKah_aYuNi replied at 16-11-2022 02:12 PM
sakit ditinggalkan dan meninggal..sgt berbeza
Myhappyending replied at 20-11-2022 12:11 AM
Mana lebih sakit
Myhappyending replied at 19-11-2022 04:11 PM
Mana lebih sakit
farhani87 replied at 1-12-2022 10:20 PM
Kesian juga kat bcl ni. Asyik kena hentam jer. Mmg lah dia seksi.. Tp x bermakna dia ni gedik nk ber ...
babelina replied at 16-11-2022 10:45 AM
cinta mati nie.. mgkn sbb arwh tu pegi mengejut.. mcm ada yg x sudah dia ngn arwah.. maybe sbb tu di ...
Myhappyending replied at 20-11-2022 12:11 AM
Mana lebih sakit
kembarsiti replied at 20-2-2023 12:36 AM
Arwah teringin nak tambah anak lagi kan sebelum die pergi + noah dah besar.. tapi bcl taknak sebab ...
ADVERTISEMENT