CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragis Kepala Terhantuk Batu, Lelaki Nak Selfie Mati Terjatuh Dari Tebing Setinggi 12 Meter

15-11-2022 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1088| Komen: 1

Cubaan seorang lelaki yang cuba mengambil swafoto di atas tebing untuk memaparkan keindahan pemandangan pantai, berakhir tragedi apabila dia meninggal dunia secara tragis selepas terjatuh dari ketinggian hampir 40 kaki (12 meter).


Igor de Oliveira Rodrigues Dias, yang merupakan seorang penganalisis logistik, terjatuh dari batu yang menghadap ke Pantai Joatinga di Rio de Janeiro, Brazil, pada petang Khamis, 10 November.

Dias, 33, dilaporkan cuba mengambil swafoto namun hilang keseimbangan badan lalu terjatuh ke bawah, lapor media tempatan.


Foto: Globo TV

Mangsa maut ekoran kepalanya terhantuk pada batu.


Anggota bomba yang dimaklumkan mengenai insiden itu bergegas ke tempat kejadian, tetapi Dias sudah meninggal dunia ketika pasukan itu tiba.

Mereka terpaksa menggunakan helikopter untuk mengeluarkan mayat Dias dari tempat kejadian.

Dias dikebumikan di kawasan kejiranan Caju pada hari 12 November lalu. -CARI

Sumber: mStar/ Dailystar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 16-11-2022 09:52 AM
siannya ko dek rip

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.029525 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top