CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Persembahan Gadis Seksi Taktik Kotor Burukkan Izudin Ishak

15-11-2022 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2200| Komen: 3

Beberapa hari saja lagi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pelbagai taktik kotor digunakan baik penyokong parti pembangkang mahupun kerajaan  semakin galak dilakukan bagi memburukkan imej calon.


Antara taktik licik sering digunakan adalah dengan memanipulasi audio, video atau gambar calon yang bakal bertanding, sekali gus menimbulkan rasa benci terhadap pemimpin berkenaan.


FB

Terbaru, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Izudin Ishak menjadi mangsa keadaan apabila tular rakaman video memaparkan wanita seksi pada majlis yang dihadiri beliau.

Dalam video berkenaan, wanita itu kelihatan berada di atas pentas yang berlatar belakang kain rentang yang tertera wajah Izudin sebagai calon Setiawangsa.

Bagaimanapun, hasil tinjauan Majoriti mendapati acara itu bukan anjuran pihak Izudin ataupun parti BN.


FB Majoriti

Sebaliknya, beliau yang akan bertanding enam penjuru sekadar memenuhi jemputan ke jamuan anjuran Persatuan Perayaan Yi Lan di Sri Rampai, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ia dibuktikan apabila Izudin memuat naik video durasi 8.23 minit di Facebook rasmi miliknya yang memaparkan persekitaran sambutan majlis berkenaan.


Sumber: Majoriti





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 15-11-2022 01:47 PM
Kerja DAP la ni.  Nak amoi gedik2 sekor petik je boley dapat..
Quote margo20 15-11-2022 02:08 PM
Wuuu mesti banyak amoi dpt
Quote BENTARA 15-11-2022 02:46 PM
salamber badak je pembangkang congquer pentas BN..... setau aku nak pacak bendera di area BN pon dah jd cam perang saudara....nikan pola pentas BN.......jab jab nak tanya akak melah janda depan dewan BN tu apa citer.....

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.035138 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top