View: 1607|Reply: 3
|
Persembahan Gadis Seksi Taktik Kotor Burukkan Izudin Ishak
[Copy link]
|
|
Beberapa hari saja lagi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pelbagai taktik kotor digunakan baik penyokong parti pembangkang mahupun kerajaan semakin galak dilakukan bagi memburukkan imej calon.
Antara taktik licik sering digunakan adalah dengan memanipulasi audio, video atau gambar calon yang bakal bertanding, sekali gus menimbulkan rasa benci terhadap pemimpin berkenaan.
FB
Terbaru, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Izudin Ishak menjadi mangsa keadaan apabila tular rakaman video memaparkan wanita seksi pada majlis yang dihadiri beliau.
Dalam video berkenaan, wanita itu kelihatan berada di atas pentas yang berlatar belakang kain rentang yang tertera wajah Izudin sebagai calon Setiawangsa.
Bagaimanapun, hasil tinjauan Majoriti mendapati acara itu bukan anjuran pihak Izudin ataupun parti BN.
FB Majoriti
Sebaliknya, beliau yang akan bertanding enam penjuru sekadar memenuhi jemputan ke jamuan anjuran Persatuan Perayaan Yi Lan di Sri Rampai, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ia dibuktikan apabila Izudin memuat naik video durasi 8.23 minit di Facebook rasmi miliknya yang memaparkan persekitaran sambutan majlis berkenaan.
Sumber: Majoriti
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerja DAP la ni. Nak amoi gedik2 sekor petik je boley dapat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wuuu mesti banyak amoi dpt |
|
|
|
|
|
|
|
salamber badak je pembangkang congquer pentas BN..... setau aku nak pacak bendera di area BN pon dah jd cam perang saudara....nikan pola pentas BN.......jab jab nak tanya akak melah janda depan dewan BN tu apa citer.....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|