Pasangan suami isteri mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran untuk anjing peliharaan mereka. Majlis yang diraikan secara tradisional dilakukan di koloni Jile Singh di Palam Vihar, India.
Pemilik haiwan itu juga menghantar 100 kad jemputan kepada jiran mereka bagi menghadiri majlis akad nikah. Anjing betina peliharaan pasangan itu bernama Sweety berkahwin dengan anjing kejiranan bernama Sheru (anjing jantan) dengan mengikuti upacara perkahwinan India. Majlis akad nikah diiringi dengan 'dhols' dan orang ramai menari dengan penuh semangat.
Bercakap kepada agensi berita ANI, Savita @ Rani yang merupakan penjaga Sweety berkata, "Saya seorang pencinta haiwan dan sebagai suami isteri, kami pernah menjaganya sebagai haiwan peliharaan. "Saya tidak mempunyai anak jadi Sweety adalah anak kami. Suami saya pernah pergi ke kuil dan memberi makan haiwan dan pada suatu hari seekor anjing liar mengikutinya dan datang kepada kami tiga tahun lalu. "Kami namakan ia Sweety. Semua orang pernah berkata bahawa kita harus kahwinkan Sweety. Kami berbincang dan akhirnya satu program dibuat dalam masa empat hari sahaja. Kami memutuskan untuk mengikuti semua ritual," katanya. -CARI Sumber: mStar/ India Times
|
ADVERTISEMENT