CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tambun Akan Jadi Markas, Pusat Gerakan Kerajaan Baru

15-11-2022 06:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1449| Komen: 5

Kawasan Parlimen Tambun akan menjadi pusat gerakan bagi kerajaan baharu yang akan ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Keyakinan itu dilaungkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengharapkan kemenangannya di kerusi Parlimen Tambun itu akan mencipta sejarah Perdana Menteri pertama dari Perak.


FB Anwar

Menurutnya, kemenangan itu nanti akan membuka ruang serta peluang kepada penduduk dan pengundi di kawasan tersebut mendapat pelbagai manfaat jika PH membentuk kerajaan.

"Insya-ALLAH, kalau jadi pun kita doa pada 20 November, Perdana Menteri pertama dari Tambun dan Perak. Kalau jadi Tambun ini akan menjadi markas dan pusat gerakan kerajaan baru Malaysia.


"Saya pastikan baik pelancongan, baik peluang pekerjaan, baik industri tentu dengan sendirinya akan mendapat perhatian. Kalau dah jadi calon Tambun, calon Perdana Menteri pula, kalau menang janganlah menang (majoriti) 2,000. Malulah teman (saya). Mudah-mudahan kita doa," katanya ketika berucap ketika Program Tambun Berselawat Bersama Anwar Ibrahim di Stadium Mini Manjoi di sini pada malam Isnin.

Anwar dalam pada itu turut berjanji kepada anak muda untuk membawa sebuah pusat latihan berkaitan kecerdasan buatan melibatkan kepakaran antarabangsa di kawasan Tambun.



Anwar (tengah) turut bersama-sama berselawat ketika Program Tambun Berselawat Bersama Anwar Ibrahim di Stadium Mini Manjoi di sini pada malam Isnin.

Beliau sudah mempunyai kumpulan di peringkat antarabangsa yang mempunyai kepakaran dalam bidang kecerdasan buatan untuk membawa teknologi tersebut ke Malaysia.

Sementara itu, Anwar berkata, pada malam terakhir kempen, ucapan terakhir untuk pasukan pilihan raya PH di seluruh negara akan dibuat di Tambun.

"Pada 18 November nanti, saya diminta untuk buat ucapan penutup di Putrajaya, tapi saya kata tak boleh. Saya akan buat ucapan penutup untuk seluruh negara dari Tambun.

"Jadi malam itu, seluruh media antarabangsa akan datang, jadi Tambun masuk peta dunia," katanya lagi.

Hadir sama pada program tersebut, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak merangkap calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi, Datuk Asmuni Awi.

Orang ramai yang hadir pada program tersebut turut dihiburkan dengan nyanyian artis terkemuka iaitu Datuk Awie, Aris Ariwatan dan Ijam Medicine.


Sumber: Sinar Harian






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rdizz 15-11-2022 07:13 AM
Yesss.. wow artificial inteligence training center? Kena sahut nih...

Mcm madey bila jadi PM, langkawi jadi boom, lepas era tu langkawi kurang popular dah. Feri pun bermasalah.
Quote Highflyer19 15-11-2022 08:56 AM
Wow hebat...masing2 dengar dengan terlopong...takat tu aje lah...talk is cheap
Quote kluangman 15-11-2022 09:00 AM
Terbaiklah tambun. Nanti follow macam port dickson. Dah ada komuter dan toll pun free.
Quote kucingitam 15-11-2022 10:10 AM
taknak ah...sekarang pun dah jem teruk..nanti lagi jem...
Quote Misali 11-1-2023 12:48 PM
Your post was really beneficial to me, and I read it. I'll continue to visit this website to learn more madalin stunt cars

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.131752 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top