CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ismail Sabri Merayu Pengundi Sungai Buloh Pilih KJ

15-11-2022 06:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2405| Komen: 35

Calon Barisan Nasional (BN), Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin mendedahkan pengundi Pakatan Harapan (PH) di kerusi tersebut dalam dilema untuk mengundi beliau atau calon PH.


Menurut Khairy kebanyakan pengundi yang beliau temui sepanjang 10 hari berkempen memaklumkan kepadanya mereka belum memutuskan untuk mengundi siapa.


FB KJ

Jelasnya, beliau bersama jentera BN akan terus mendekati golongan berkenaan dengan berbaki empat hari lagi sebelum tarikh mengundi Sabtu ini.


“Orang Sungai Buloh mahu bersikap terbuka, banyak yang belum buat keputusan terutama sekali mereka yang di dalam dilema sekarang ini.

“Mereka kata mahu beri kepada KJ tetapi mereka pengundi tradisi Harapan (PH),” katanya kepada pemberita selepas program Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan KJ, di Uptown Kota Damansara, di sini, malam tadi.

Menurut Khairy, angin perubahan sedang berlaku di Sungai Buloh di mana beliau melihat pengundi PH yang di dalam dilema cenderung untuk menyokongnya.

“Sungai Buloh akan ke arah itu, sama ada mereka hendak menyokong saya dan memberi saya undi kali ini dan terdapat angin perubahan selepas tiga penggal di bawah PH.

“Rakyat mahukan ahli Parlimen yang kuat dan mempunyai platform serta personaliti yang boleh menarik perhatian sekiranya mereka mempunyai masalah,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri merayu pengundi Sungai Buloh untuk terus memberi sokongan dan memilih Khairy sebagai ahli Parlimen kawasan berkenaan.

“Saya merayu supaya pengundi-pengundi di Sungai Buloh memberi sokongan kepada KJ,” jawabnya ringkas.


Kosmo

Parlimen Sungai Buloh bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Khairy (BN), Datuk R. Ramanan (PH), Mohd. Ghazali Md. Hamin (PN), Mohd. Akmal Mohd. Yusof (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan Nurhaslinda Basri serta Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof masing-masing calon Bebas.

Pada PRU14 dalam persaingan di P.107 Sungai Buloh, S. Sivarasa meraih 43,631 undi menewaskan Nuridah daripada Pas yang memperoleh 16,977 undi, A.Prakash Rao mewakili BN (16,681) dan Zainurizzaman Moharam dari PSM (642).


Sumber: Utusan






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kitmal 15-11-2022 06:41 AM
KJ oklah.tapi tu KJ....yang akan terpilih sama Pak Jahid..
Quote AbukRokok 15-11-2022 07:11 AM
klu dalam dilema undi saja calon bebas
lets see new paradigm
Quote noor2 15-11-2022 07:16 AM
Aku pun x tahu nk undi sapa...
Quote venom1 15-11-2022 07:18 AM
Vote for KJ. No doubt.
Quote AznieBunnie 15-11-2022 07:56 AM
kitmal replied at 15-11-2022 06:41 AM
KJ oklah.tapi tu KJ....yang akan terpilih sama Pak Jahid..

itulah yang berlegar-legar di pemikiran ramai pengundi...

Quote zuliana29 15-11-2022 08:09 AM
KJ

ZH
Quote Firenzza 15-11-2022 08:12 AM
Kj tu talian hayat pak mael....wak jahit xde pun nk pesan kt pddk sg buloh suh pangkah kj....malah diwarningnya suh kj tunjuk sbb bila kj
ckp umngok dh tersesat dan dia yg nk betulkan
Quote stingergrumpy 15-11-2022 08:21 AM
venom1 replied at 15-11-2022 07:18 AM
Vote for KJ. No doubt.

Kali ini tak berani pulak dia ugut penduduk2 sungai buluh....."kalau saya tak dipilih, saya tahu cara nak buat kamu semua hidup susah...iteww janji saya"..kheunz?

Why agaknya? You have answer to this? sbg penjilat tegar ulaq sekor ini?

Quote stingergrumpy 15-11-2022 08:24 AM
Konpiden betul  dgn kawasanundi ko pak mael sehingga nak wisaukheun ward org lain?...jgn yg dikejar tak dapat, yg digendung keciciran....
Quote Kitty_catz 15-11-2022 08:28 AM
kalo wak jahit takde... mmg senang BN nak menang

gituh lah pemerhatian meols.. ritu kawan amoi  meols ckp , ramai set2 sepet nak pangkah KJ kat sg buluh, but one vote for KJ means one vote for wak pornorogol
Quote miss_strangers 15-11-2022 08:31 AM
Nape KJ x join PH ?
Quote mawarputih2612 15-11-2022 08:43 AM
dah mcm presiden pulak bertanding kt sg buloh ni, semua dok pakat ke sana berkempen

aku tak percaya la klu bn menang mail jd pm
Quote opie5662 15-11-2022 09:26 AM
Semail sabri takut ke.. Kalau kj kalah, jahid komedi campak die ke lombong. Hahahhhaha.... Semoga kalah la kj.. Tak saba nk tgk jahid komedi jadi PM [em:4:]
Quote Nurdianah 15-11-2022 09:30 AM
Edited by Nurdianah at 15-11-2022 09:33 AM

Quote Rogue98 15-11-2022 09:33 AM
Edited by Rogue98 at 15-11-2022 09:36 AM

Buat apa nak undi KJ. Dia kurang ajar kat presiden yg bagi watikah perlantikan. Kalau dia boleh buat mcm tu nanti dapat kuasa dia kurang ajar dgn rakyat pulak. suruh dia jawab isu 100m hilang dekat kementerian KBS yang dia jaga dulu. Lepas tangan mcm tu jer.Najib arah kan siasatan kat kementerian dia ..Tu yang dia marah sangat dgn Najib. Kroni tingkat 4 dia susah nak dapat project masa Najib jadi boss dia. Dgn mail sembab tu boleh lah dia goreng.
Quote mayakaren 15-11-2022 09:37 AM
Kalau tukar parti.. May be boleh..sbb selagi dlm BeEnd sama jer sekapal dgn Zahid. Declare harta sekali kalau berani
Quote Nnasda53 15-11-2022 09:41 AM
Tak payah bagi KJ menang kalau betul2 tolak zahid dalam BN.
Bukan menghukum KJ tapi after 5years boleh lagi naikkan KJ.
Dia masih muda.
Quote talapia 15-11-2022 10:46 AM
Kitty_catz replied at 15-11-2022 08:28 AM
kalo wak jahit takde... mmg senang BN nak menang

gituh lah pemerhatian meols.. ritu kawan amoi  meo ...

aku pon rasa begitu..

ramai yg buat simple maths.. 1 vote for KJ.. means 1 vote for Zahid gak.. gitu eh?
kalau BN menang.. simply Zahid akan jd PM ke guane?

Quote uda 15-11-2022 10:49 AM
Ahad lalu I g pasar tani. ada sorang apek ni ckap - jangan undi KJ. khairy jahat'

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.075028 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top