Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa parti itu sedang jauh mendahului sokongan pengundi berbanding parti lawan menjelang hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Sabtu ini.
Menurutnya, ini berdasarkan data dan kajian setempat yang dilaksanakan. Beliau yang ditanya mengenai keyakinan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) meraih majoriti mudah pada hari mengundi Sabtu ini berkata, keyakinan itu harus berdasarkan data. “Kita yakin ini mesti berdasarkan data dan kajian daerah setempat dan kalau ikut data dan kajian, saya tak fikir mana-mana orang menafikan PH sekarang sedang jauh mendahului ketika ini ” katanya ketika ditemui pemberita pada program sembang santai Parlimen Pasir Salak hari ini.
Sementara itu ditanya mengenai peluangnya di Parlimem Tambun, Anwar berkata, beliau berusaha sedaya upaya untuk menang di parlimen itu. “Saya percaya niat mereka untuk kuburkan saya tidak mudah sebab kubur belum disediakan,” katanya. Anwar berdepan tiga calon lawan di Parlimen Tambun iaitu Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Ketua UMNO Tambun, Aminuddin Hanafiah dan calon GTA, Abdul Rahim Tahir. Sumber: UTUSAN |
akuHavocczz replied at 14-11-2022 05:01 PM
Makin over confident pulak dia ni. Dari aku kesian asyik jadi PM tepi je dia ni, jadi rasa terus kan ...
kakikuDibibirmu replied at 14-11-2022 04:53 PM
tumpanglalu74 replied at 15-11-2022 11:18 AM
.HannahMontana. replied at 16-11-2022 12:16 AM
main persepsi sahaja
nuart kentot dah kalah di tambun
Mahathirina replied at 16-11-2022 12:54 AM
Tiap malam nuart tido terkincit2.. Gudlak.
ADVERTISEMENT