Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa parti itu sedang jauh mendahului sokongan pengundi berbanding parti lawan menjelang hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Sabtu ini.
Menurutnya, ini berdasarkan data dan kajian setempat yang dilaksanakan.
Beliau yang ditanya mengenai keyakinan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) meraih majoriti mudah pada hari mengundi Sabtu ini berkata, keyakinan itu harus berdasarkan data.
FB Anwar
“Kita yakin ini mesti berdasarkan data dan kajian daerah setempat dan kalau ikut data dan kajian, saya tak fikir mana-mana orang menafikan PH sekarang sedang jauh mendahului ketika ini ” katanya ketika ditemui pemberita pada program sembang santai Parlimen Pasir Salak hari ini.
Sementara itu ditanya mengenai peluangnya di Parlimem Tambun, Anwar berkata, beliau berusaha sedaya upaya untuk menang di parlimen itu.
“Saya percaya niat mereka untuk kuburkan saya tidak mudah sebab kubur belum disediakan,” katanya.
Anwar berdepan tiga calon lawan di Parlimen Tambun iaitu Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Ketua UMNO Tambun, Aminuddin Hanafiah dan calon GTA, Abdul Rahim Tahir.
Post time 14-11-2022 07:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Wow
Punya lah BAPAK SCAMMER meriak tahap level 7 petala langit
Takut nanti bukan karier politik hang yang berkubur tapi tubuh badan hang yang jadi jenazah dulu di kuburkan ke bawah bumi sedalam 7 kaki