Impian pelakon Nabila Huda hendak menyelam dan mendekati hidupan laut iaitu jerung terlaksana. Menurut Nabila ia sesuatu kepuasan dan di luar jangkaannya apabila berpeluang melakukan perkara yang menjadi salah satu 'bucket list' yang diidamkan selama ini.
IG Nabila Anak kepada penyanyi rock lagenda Amy Search itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri berkenaan dia memuat naik rakaman video saat dia menyelam bersama puluhan jerung yang berada disekeliling tubuhnya. Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang memberi pelbagai reaksi termasuk rata-rata menganggap ia satu 'kerja gila' serta mengerikan. Difahamkan Nabila atau lebih sapa dengan Abil kini sedang bercuti di Maldives bersama rakan-rakannya sejak kurang seminggu yang lalu. Sumber: Gempak |
ADVERTISEMENT