"Abang, saya kan tengah berpantang..kan bidan baru cakap," kata Sara.
Geram dengan jawapan isterinya itu, Zaidi dengan kasar mengambil bayi mereka dan diletakkan di atas sofa di ruang tamu.
"Bidan..bidan, kau nak ikut cakap bidan ke cakap aku, aku ni laki kau la. Kalau macam tu tak apa," jerit Zaidi.
Tak lama kemudian, kedengaran jeritan Sara menjerit kesakitan.
"Abang tak nak.. sakittttt....sakittt", jeritnya.
Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan tindakan Zaidi yang hanya memikirkan nafsunya saja dan langsung tidak kisah dengan isterinya yang masih sakit kesan dari bersalin.
"Jeritan sakit tu alahai terasa aku walaupun aku bukan dalam pantang. Sebab kita tahu sakit jahitan tak elok lepas tu baru saja lepas beranak"
"Trauma terasa...bukan laki sendiri buat, tapi dia jerit sakit tu... terasa bawah ni macam mana,,pedih, perit jahitan. Walaupun baru empat bulan bersalin, masih terasa. Takut sangat-sangat"
"Aku kalau dapat laki macam ni, tak kira la baru kahwin dan baru dapat anak, esok laki tak ada dekat rumah, aku call grab datang rumah bawa pergi rumah mak aku. Beritahu family perangai laki iblis. Tak ada hati i hidup dengan laki macam tu".
Telefilem Nyang terbitan Kl Motion Picture Company diarahkan oleh pengarah Reen Emran ditayangkan pada 29 Oktober 2022 di Astro Citra HD saluran 108.
Walaupun hanya lakonan, tidak mustahil dalam kehidupan realiti ada para isteri yang belum habis pantang menerima nasib sama seperti Sara namun mungkin memilih untuk berdiam diri.
Jadi, apa nak buat jika korang berdepan suami kejam seperti Zaidi? - CARI