CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Sesak Nafas, 2 Beranak Dihempap Pokok Ru Di Pantai Puteri

12-11-2022 10:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3217| Komen: 27

Malang tidak berbau apabila bayi lelaki berusia setahun lima bulan dan ibunya cedera dihempap pokok ru yang tumbang di Pantai Puteri, Melaka kira-kira pukul 6.30 petang tadi.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi berkata, beliau dan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Tangga Batu, Datuk Lim Ban Hong yang kebetulan berada berhampiran kawasan itu dimaklumkan orang awam berkenaan kejadian kira-kira pukul 6.45 petang.


Tuminah Kadi (kiri) dan Lim Ban Hong (kanan) menghantar bayi yang cedera dihempap pokok ru ke dalam ambulans dalam kejadian di Pantai Puteri, Melaka. 

“Saya dimaklumkan ibu dan bayi berada berhampiran pantai dan sedang menyaksikan suami bersama anak-anaknya mandi laut sebelum pokok itu tiba-tiba tumbang dan menghempap mereka.


“Akibatnya, ibu dan bayi tersembam ke pasir dan menyebabkan bayi berkenaan mengalami masalah sesak nafas.

“Orang ramai yang berada di situ segera membantu dan saya turut menghubungi balai polis serta ambulans untuk membawa mangsa ke hospital dengan segera,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Pada Jun lalu, Utusan Malaysia melaporkan, pemandangan pantai terpanjang di Melaka, Pantai Puteri yang suatu ketika dahulu indah dengan 20 baris pokok ru dan menjadi lokasi tumpuan aktiviti perkelahan, kini kelihatan cacat dengan sisa batang pokok yang tumbang akibat hakisan pantai.

Tinjauan di pantai sepanjang 2.5 kilometer itu mendapati, lebih 15 batang pokok ru dibiarkan mereput di pesisiran pantai dan pengunjung terpaksa berkelah dalam suasana yang menyedihkan serta berbahaya itu.

Dalam pada itu, Tuminah turut mengakui, kejadian tersebut bukanlah tragedi pertama menimpa pengunjung memandangkan usia pokok berkenaan sudah melebihi 20 tahun

“Walaupun kerja-kerja cantasan kerap dilakukan secara berkala oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), namun faktor akar pokok yang tidak bersifat seperti akar tunjang menyebabkannya tidak kukuh seperti pokok lain.

“Pada masa sama, kita juga bercadang untuk menutup sementara pantai bagi aktiviti perkhemahan memandangkan musim hujan pada ketika ini boleh membahayakan pengunjung,” jelasnya. 


Sumber: UTUSAN






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 12-11-2022 10:15 PM
Pantai Puteri ni asek ada tragedi aje… selalu naik berita sini
Quote tagas 13-11-2022 10:51 AM
baru gi last week

hotel yg lama terbengkalai

hujung pantai tu dah develop balik nampak nya
Quote hatilara 13-11-2022 10:53 AM
Melaka: Bayi lelaki berusia setahun lima bulan yang cedera selepas dihempap pokok rhu tumbang dalam kejadian di Pantai Puteri, di sini, petang semalam, meninggal dunia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor Tuminah Kadi berkongsi berita sedih itu menerusi laman sosial Facebooknya awal pagi tadi.

"Jam 1.30 pagi Kak Ina (Tuminah) mendapat panggilan daripada pihak Hospital Melaka bahawa adik Muhammad Zafran Ilman Bin Mohd Syazwan mangsa dihempap pokok telah kembali kepada sang pencipta sebentar tadi.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan diharapkan ibu dan ayah serta keluarga tabah dengan dugaannya ini," kongsinya.

Media sebelum ini melaporkan, perkelahan lima sekeluarga bertukar detik cemas, apabila ibu dan bayi lelakinya berusia setahun lima bulan cedera dihempap dahan pokok rhu di Pantai Puteri, di sini, lewat petang Sabtu.

Kejadian dikatakan berlaku 6.30 petang, ketika wanita terbabit ketika itu sedang mendukung bayinya sambil melihat suami dan anaknya mandi.

Ketika kejadian, hanya ibu dan bayinya di kawasan berdekatan pokok rhu itu manakala suami dan dua anak lagi sedang mandi-manda di pantai.
Quote Suchi 13-11-2022 10:59 AM
Musim winter ni elok duk dlm umah jelaaa tak kirala cuaca nampak cerah ke apa.
Quote noor2 13-11-2022 11:53 AM
Aku betul2 x faham masyarakat kita musim hujan2 ni berani mandi laut, keluar rumah beriadah bawak family....x tahu ke musim monsun ni semua boleh jd..angin ributla, hujan la , banjir la, ombak besar la...
Quote Nenolen 13-11-2022 12:23 PM
Innalillah…salam takziah buat keluarga
Quote shernazz 13-11-2022 12:46 PM
Iols mandi kolam ajelah..
Takut bawak anak2 mandi laut n sungai buat masa ni..
Tibe2 je dah gelap nak uujan....
Tibe2 je angin kuat...
Takut iols...skang ni pubg mendung je tp cantik la ..tak panas..sesuai nak mandi pool
Quote LadyCarefree 13-11-2022 12:47 PM
noor2 replied at 13-11-2022 10:53 AM
Aku betul2 x faham masyarakat kita musim hujan2 ni berani mandi laut, keluar rumah beriadah bawak fa ...

xpe. redha. baby tu anak syurga. nanti dia duduk kat pintu syurga ready nak tarik makpak masuk syurga.
Quote airfilterkotor 13-11-2022 12:55 PM
Salam takziah.
Quote airfilterkotor 13-11-2022 01:07 PM
noor2 replied at 13-11-2022 11:53 AM
Aku betul2 x faham masyarakat kita musim hujan2 ni berani mandi laut, keluar rumah beriadah bawak fa ...

Lagi tak paham bila ada penjaga, gantung anak sama² main zipline lintas atas pokok.

Isunya, kesedaran.
Quote tupai 13-11-2022 02:03 PM
Org beranak, kau nk beranak jgk tp bodoh…dh tau now musim tengkujuh & pantai tu mmg ada masalah hakisan & pokok2 situ x stable tp gagah jgk kan nk pi berkelah bagai…then bile kena hempap pokok kecoh…dok rumah main dgn anak2 boleh mati ke…
Quote Gomea 13-11-2022 02:33 PM
tagas replied at 13-11-2022 10:51 AM
baru gi last week

hotel yg lama terbengkalai

Berapa kali dah bertukar tangan hotel tu. Kali ni tgk pulak boleh bertahan brape lama.

Pokok2 ru tu budak2 skolah iols tanam kat situ tahun 2000. Tapi iols tak koser nak pegi masa tu. Nasib baik tak pegi, kalau tak ntah2 pokok iols tu ragut pulak nyawa orang
Quote monreyes 13-11-2022 02:46 PM
sejenis yg x betah duduk rumah ni mmg payah...
Quote kepompong 13-11-2022 02:50 PM
shernazz replied at 13-11-2022 12:46 PM
Iols mandi kolam ajelah..
Takut bawak anak2 mandi laut n sungai buat masa ni..
Tibe2 je dah gelap na ...

mandi kolam tu kalau indoor ok je. kalau outdoor tak perasan ada lightning pun boleh jadi insiden juga
Quote sukacactus 13-11-2022 04:26 PM
Musim2 gini pun ada berkelah2 lg ye
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote Skuau 13-11-2022 04:38 PM
cuba la mall yg sendu & nk katup tu..cari idea..acana nk bg riadah kt rakyat jelata..tgh musim ujan,ribut petir,angin kencang,ombak tinggi ni
Quote green~tea 13-11-2022 05:25 PM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun..

Semoga mak anak selamat
Quote LoveSungmin 13-11-2022 06:02 PM
noor2 replied at 13-11-2022 11:53 AM
Aku betul2 x faham masyarakat kita musim hujan2 ni berani mandi laut, keluar rumah beriadah bawak fa ...

mandi sungai pun sama sis.. busy bomba nak kena selamatkan mangsa² kepala air
Quote adeqbun 13-11-2022 06:42 PM
noor2 replied at 13-11-2022 11:53 AM
Aku betul2 x faham masyarakat kita musim hujan2 ni berani mandi laut, keluar rumah beriadah bawak fa ...

1 lg..6.30 ptg?? Dah nak mgrb x naik2 lg ke..hmmm..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.064974 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top