Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dilaporkan kemalangan dalam perlumbaan GT World Challenge Australia di New South Wales hari ini.
Insiden tersebut dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebentar tadi. Sultan Ibrahim bertitah, puteranya itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Kemalangan disebabkan kenderaan dipandu Tunku Abu Bakar terbabas dan terbalik di litar Mount Panorama, Bathurst, ketika pusingan kelayakan GT Australia.
“Memandu lebih 200 kilometer sejam melalui bahagian McPhillamy Park litar itu, Tunku Putera hilang kawalan dan terbabas ke penghadang tayar sebelum kereta Mercedez Benz GT3 yang dipandunya itu terbalik. “Orang ramai menarik nafas lega sejurus melihat Tunku Abu Bakar berjaya keluar dari kereta dan menunjukkan tanda ‘peace’ kepada para penonton sebelum menaiki kenderaan kakitangan litar dan perubatan,” titah baginda. Sultan Ibrahim bertitah, disebabkan kenderaan rosak, Tunku Abu Bakar dan rakan sepasukan, Jamie Whincup terpaksa menarik diri daripada saingan perlumbaan ‘endurance’ tiga jam esok. “Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim bersama rakan sepasukan Broc Feeney akan meneruskan cabaran JMR Triple Eight Race Engineering bermula dari petak kedua grid,” titah baginda. Pada masa sama, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur dan turut memberikan kata semangat kepada anakanda baginda. “Saya bersyukur Tunku Putera tidak cedera. Pastinya tengah terkejut, tetapi dia ‘okay’. Saya memberitahunya untuk terus kuatkan semangat, teruskan usaha dan harumkan nama Johor. “Dia hampir melayakkan diri di tempat ketiga untuk perlumbaan esok dan ia merupakan penampilan pertama Tunku Putera di litar itu. Dia dan Tunku Panglima menunjukkan potensi serta persembahan yang baik. Semoga kita mendapat keputusan yang baik esok,” titah baginda. Sumber: KOSMO! ONLINE |
Thunderclouds replied at 13-11-2022 06:59 AM
Terhiburrr aku ngn komen acik2 porem sekelian
ADVERTISEMENT