CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangguh PRU15 Jika Banjir - MetMalaysia Ramal Ribut Petir, Hujan Lebat Esok Hingga Hari Pengundian

12-11-2022 08:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1773| Komen: 17

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berlaku di kebanyakan tempat di pedalaman dan barat Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah bermula 13 hingga 19 November, iaitu hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Berdasarkan analisis model-model cuaca, MetMalaysia menjangkakan fenomena cuaca itu berlaku pada sebelah petang hingga malam sepanjang tempoh tersebut.


Gambar hiasan

Pada Jumaat, pakar meteorologi Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, tempoh tiga hari mulai Sabtu hingga Isnin amat penting bagi meramalkan keadaan cuaca semasa hari pengundian PRU15.


“Luruan angin timuran masih ada, tetapi yang menarik ialah terdapat tekanan rendah di bahagian selatan negara iaitu berhampiran Johor. Ini menunjukkan negara kita mempunyai semua elemen yang merangsangkan hujan,” katanya dalam program Malaysia Memilih, pada Sabtu.

Terdahulu, MetMalaysia meramalkan Monsun Timur Laut mula melanda negara pada pertengahan November dan berterusan sehingga Mac depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hak menangguhkan PRU15 jika banjir besar berlaku dan perbincangan lanjut akan dibuat sekiranya keadaan mendesak.

Bagaimanapun, ujarnya, persediaan telah dilakukan lebih awal melibatkan semua agensi sebelum pembubaran Parlimen.
 

Sumber: AWANI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 12-11-2022 08:22 PM
“Luruan angin timuran masih ada, tetapi yang menarik ialah terdapat tekanan rendah di bahagian selatan negara iaitu berhampiran Johor. Ini menunjukkan negara kita mempunyai semua elemen yang merangsangkan hujan,” katanya dalam program Malaysia Memilih, pada Sabtu.

kaka blastoff dah lama ramal.hihi.
Quote alesandra 12-11-2022 08:25 PM
CiliPadiSedap replied at 12-11-2022 08:22 PM
“Luruan angin timuran masih ada, tetapi yang menarik ialah terdapat tekanan rendah di bahagian sela ...

Elehh mula2 dia bukak thread  ramai je menganjing dia palatao.
Quote CiliPadiSedap 12-11-2022 08:28 PM
alesandra replied at 12-11-2022 08:25 PM
Elehh mula2 dia bukak thread  ramai je menganjing dia palatao.

kaka ngangjing dia vaksin je takut jarum, bab cuaca kaka xnganjing sbb dia cerita logik dan source dia credible. yang ngangjing tu friskies kut
Quote harkktuih 12-11-2022 09:31 PM
Wak maslan kata kalau ujan hari ngundi boleh pakai payung
Quote LautBiru52 12-11-2022 09:48 PM
naya kalau hari mengundi tu banjir
Quote Suchi 12-11-2022 09:55 PM
Haih pulak, so kalau tangguh lama lagi la kita nak hadap ceramah politik dorang nim?
Pastu jumaat tu cancel cuti ke cemana? So mcm mana org yg dh beli tiket bagai
Quote ulamalu 12-11-2022 09:59 PM
Jgnlah.  Kesian yg dah beli tiket bas atau flight.  Student IPT pun x sabar nak balik undi.  Anti-climax betul kalau tangguh
Quote noor2 12-11-2022 10:05 PM
Adoiii..risau nk lalu karak nk ambil anak hujan2 ni...walaupun bukan aku yg ambil....tapi bahaya lalu karak time hujan
Quote stingergrumpy 12-11-2022 10:09 PM
Soalan anak jiran aku yg 3 tahun satu saja.....bila yg SPR akan announce samada diteruskheun atau ditangguhkheun? On 18th, the latest atau dah separuh negara tenggelam on 19th (hari undi) baru announce?
Quote batmana 12-11-2022 10:14 PM
Pasni SPR kajilah cara undi online..dah abad 21 ni..undi masih macam baru lepas perang zaman Jepun...dgn penuh bendera nyesakkan jalan..dgn tmpt undi cm PPRT bagai .buang masa , tenaga,wang je....buatla online weii
Quote jejaka_hensem 12-11-2022 10:25 PM
Esok nak cari payung fazura kaler hitam tu,nampak smart pulak.
Boleh tayang time ngundi nanti kalau hujan
Quote pooh~key 12-11-2022 10:26 PM
alesandra replied at 12-11-2022 08:25 PM
Elehh mula2 dia bukak thread  ramai je menganjing dia palatao.

Kan sister? Akak pun nak aja hanjingkan theols semua yang kutuk2 hari tu sis. Nasib baik akak ni baik jah sis.
Quote akies 12-11-2022 11:46 PM
Iols baca je apa yang blastoff tulis.
Hahaha.
Iols tak termasuk ye forummer yang kuat menganjing dia.
Siap sape ntah aritu tu kena perli sbb selalu show off dlm porum
Quote TomyamPuteh 13-11-2022 08:48 AM
Bestnya nk ngundi. Time tu la nk merasa jd bos besar. Aku tak pernah pegi sndiri kt pusat mengundi. Aku tggu je transpot kt dpn umah. Berambik, berhantar nko.
Quote jazaa100 13-11-2022 08:53 AM
CiliPadiSedap replied at 12-11-2022 08:22 PM
“Luruan angin timuran masih ada, tetapi yang menarik ialah terdapat tekanan rendah di bahagian sela ...

CPS.....

Blastoff ada ramal ekonomi msia mcmana tak?...
Klu ada tlg bgtau akk thread yg mana
Quote ninja boy 13-11-2022 01:35 PM
Tiket bas flight dah beli x kan mau tunda
Quote Skuau 13-11-2022 06:17 PM
tak pernah tengok peti undi terapung dan hanyut..mungkinkah...INI KALI???

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.064396 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top