CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Darjah 3 Maninggal Dunia Lepas 2 Hari Parah Dilanggar Depan Sekolah

12-11-2022 08:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2001| Komen: 20

Selepas dua hari bertarung nyawa, seorang murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Penipah, di sini yang dilanggar pikap ketika melintas jalan di simpang hadapan sekolah akhirnya menghembuskan nafas terakhir, hari ini.


Mohammad Firdaus Jimbat Abdullah, 9, yang parah di kepala dan leher meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sibu pada 10.33 pagi.


Gambar hiasan

Mangsa yang beralamat di Kampung Kuala Lama, di sini dilanggar pikap dipandu lelaki 33 tahun ketika sedang melintas jalan pada 1 tengah hari, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, ketika kejadian pemandu lelaki itu dari arah Balingian menuju ke Mukah.


"Ketika melalui simpang di hadapan sekolah, kenderaan berkenaan melanggar mangsa yang sedang melintas jalan, menyebabkan mangsa parah dan dihantar ke Hospital Sibu.

"Kenderaan itu disita untuk pemeriksaan Puspakom, manakala rakaman percakapan pemandu sudah diambil.

"Selain itu, polis juga mengambil keterangan sepupu mangsa yang menyaksikan kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kematian mangsa, beliau berkata, kemalangan itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 

Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote @lim 12-11-2022 08:27 PM
Innalillah
Quote shernazz 12-11-2022 08:36 PM
Sedihnyaaa
Quote Thunderclouds 13-11-2022 11:01 AM
Salam takziah. Kesian ibuAyah
Quote Suchi 13-11-2022 11:23 AM
Sedihnya semoga kedua org tua diberikan ketabahan
Kenapa ye org nak lalu gak depan sekolah
Pada waktu bebudak masih tgh melintas bagai.
Iols kdang bengang juga, lalu kat jalan lain takleh ke? Dah tu laju2 plak kita plak yg kena lari laju2 lintas jalan takpun melangut tunggu keta2 ni lepas.
Nak lalu jalan depan sekolah tunggu la jam 8 dan keatas dan sblm jam 11/12.
Pastu kul 3-4pm.
Quote umbut 13-11-2022 11:30 AM
Benci aku keta pikap ni.. Mana2 tempat nak langgar org
Quote pooh~key 13-11-2022 11:31 AM
Maninggal tu sepupu kepada marangkerapu ke dek?
Quote green~tea 13-11-2022 11:46 AM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Quote batmana 13-11-2022 12:14 PM
bwa laju kt dpn sekolah ni..

tk smpat brek
Quote alieyrina 13-11-2022 12:35 PM
Hari2 tggu depan skolah ada yg bingai lagi nak bawak laju2. Ada lintasan belang pun nak pecut lagi
Quote Nenolen 13-11-2022 12:36 PM
Innalillah…salam takziah buat keluarga
Quote KamikuP 14-11-2022 12:29 PM
Innalillah…salam takziah buat keluarga
Meolls mmg benci trak pikap ni sbb selalu buli dan himpit kereta sesuka hati supaya bagi laluan
Quote adila39 14-11-2022 12:32 PM
allahu, sedihnya.

kenapalah x hati hati yg drive tu..mak selalu pesan before drive baca Bismillah. Sedih betul baca news mcm ni
Quote kepompong 14-11-2022 12:33 PM
depan sekolah kan ada papantanda sekolah.. 30km/j if not mistaken (lupa) (sbb i akan bawa slow bila lalu depan sekolah kekdg dah terbiasa bukan hari sekolah pun automatik slow jugak)
Quote Artemesiaa 14-11-2022 12:58 PM
Takziah buat keluarga beliau.  Depan kawasan sekolah pun nak pandu laju macam mana boleh lulus lesen memandu pun tak tahu.
Quote Perwira2022 14-11-2022 01:05 PM
Syurga menantimu.
Quote Supersirap 14-11-2022 01:06 PM
Tersangat sedih dengar ceriti begini, salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote Kitty_catz 14-11-2022 01:09 PM
Inalillah

kut ye pun gigil2 nak bukak tered, check le dulu ejaaan apa semer

apo ko bondo ehh manniggall

Quote felinecat 14-11-2022 01:13 PM
kepompong replied at 14-11-2022 12:33 PM
depan sekolah kan ada papantanda sekolah.. 30km/j if not mistaken (lupa) (sbb i akan bawa slow bila  ...

Xdek mak a ya org malaysia bebal ni, depan hospital pon pecut.. Bila kene family sendiri baru ade akal
Quote nini_azmi 14-11-2022 02:11 PM
Salam takziah. Sedihnya

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.074591 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top