CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanusi Rendahkan Wanita, Gelar Calon BN Sebagai 'Betina'

12-11-2022 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2599| Komen: 26

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dikecam selepas merendah-rendahkan kemampuan wanita menggunakan perkataan ‘betina’ bagi merujuk kepada calon wanita Barisan Nasional (BN) di Sik semasa berkempen baru-baru ini.


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan dibuat Tindakan Menteri Besar Kedah itu.

Katanya, Menteri Besar itu perlu sedar bahawa partinya juga turut meletakkan calon-calon wanita untuk bertanding di kawasan lain.


FB Sanusi

“Kata-kata sedemikian tidak sepatutnya datang daripada seorang pemimpin negeri kerana tindakan sedemikian merendah-rendahkan wanita.


“Perlu diingat, calon wanita daripada partinya juga bertanding di tempat lain, malah salah seorang Exco kanan dalam kerajaan negeri pimpinannya juga merupakan seorang wanita,” katanya.

Beliau yang juga calon BN bagi Parlimen Pendang ditemui pemberita ketika hadir pada program Hari Bola Sepak Suparimau FAM di Stadium Mini Pendang, dekat sini hari ini.

Kata beliau, tindakan sedemikian sebenarnya bukan melemahkan wanita sebaliknya mendedahkan kelemahan beliau sendiri dan itu sepatutnya memberi kesan kepada kepada kepimpinan Pas secara keseluruhan.

“Permohonan maaf pun tidak dapat lenyapkan apa yang diperkatakan itu.

“Justeru semua jentera wanita termasuk muslimat Pas perlu melihat perkara ini sebagai sesuatu yang berbahaya dan merendah-rendahkan maruah wanita. Jangan benarkan diri masing-masing diperkotak-katikkan sebegitu rupa oleh pemimpin mereka sendiri,” ujarnya.

Menerusi klip video yang tular baru-baru ini, Muhammad Sanusi dalam satu siri ceramahnya mengatakan UMNO memilih calon betina walaupun ramai orang jantan dalam parti itu.

Menurut Muhammad Sanusi, beliau bukan hendak merendah-rendahkan muslimat.

Namun, katanya, kawasan Sik yang luas serta terletak di luar bandar dan mempunyai ramai orang susah, maka wakil rakyat akan dipanggil setiap masa.



Beliau lalu menyatakan bahawa individu wanita tidak mampu melakukan semua itu, sambil turut membayangkan keadaan wanita yang bangun pukul 3 pagi serta perlu bersiap hampir dua jam bagi membantu mangsa banjir.

Suraya yang juga Pengerusi Persatuan Wanita Kedah (Wanida) iaitu sebuah pertubuhan yang bernaung di bawah Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO) menambah, perkataan betina digunakan Muhammad Sanusi itu bukanlah satu perkataan yang menjadi kebiasaan untuk digunakan rakyat Kedah.

“Saya sendiri nak sebut perkataan itu pun tak tergamak dengan kita sering menggunakan perkataan wanita serta perempuan. Saya harap beliau sedar semua itu kerana ibunya pun masih ada malah ramai ahli keluarganya juga merupakan perempuan termasuk isterinya sendiri.

“Dalam seronok berucap, perlu juga berjaga-jaga. Kita sekarang bukan mahu menuju kepada perpecahan sebaliknya sedang mengharungi pemilihan bagi memilih pihak yang akan menerajui negara dan perkara melibatkan maruah tak patut dilibatkan sebegini rupa,” katanya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 12-11-2022 03:31 PM
Edited by _blackbird at 12-11-2022 07:33 AM

kedah mmg panggil perempuan tu betina kan? mcm woiii hang tu betina garik... menghela bukan main hang naaa. takkan nak panggil chombi lakkk, depa tu bukan anak mami punn
Quote manehnya 12-11-2022 05:58 PM
Aa mak dia pun betina jugak
Quote TomyamPuteh 12-11-2022 06:19 PM
Mmg org utara ckp mcm tu apa. Kalau baby baru lahir mesti depa akn tanya...anak jantan ka anak betina?
Quote batmana 12-11-2022 06:27 PM
Kalu ganu..panggil jate tino..haha

Quote tahanie 12-11-2022 06:45 PM
Apa pasal pulak nak kena siap dua jam? Dia saja yang takde akal sebab tak mampu fikir kemampuan orang perempuan.
Quote Skuau 12-11-2022 06:52 PM
mungkin 'bahasa setempat'@loghat kedah@daerah.....
Cam indon....bayangkan kalo dia ckp..camni "gue butuh kamu".......acana???????
Quote doubleharmonic 12-11-2022 07:01 PM
ko tu babi
Quote Sazreena 12-11-2022 09:09 PM
Dia ni xde ketokohan jadi mb..more to Macam Bangang..
Quote Cyempaka 12-11-2022 09:16 PM
Org tua2 kedah mmg ada yg masih panggil betina jantan. "Org betina la pun hebat2.. Lg hebat dr org jantan" - pujian tp sebut betina
Org muda mgkn belah2 ulu masih ada.. Yg belah bandar2 terpelajar dah jarang dgr dah kecuali tgh marah atau tgh maki hamun la
Quote AWEKSAMURAI 13-11-2022 01:47 AM
_blackbird:  Edited by _blackbird at 12-11 ...
mmg ada ayat tu tapi utk situasi x elok lah. ..kalau sanusi ni sebagai MB takkan ayat MB mcm tu kot... Penah dgr Mukhriz dlu gelar org mcm2 betina ka jantan x kan?? Krediliti kena jaga lah sbagai sorang Menteri Besar jgn bg nampak low class people sangat lah
Quote gideoncross 14-11-2022 01:12 AM
Aiol pun pntang klau ada org yg bhsakn org lain as jntn/btina.
Quote TuntungReturn 14-11-2022 08:35 AM
tak da isu. kedah ni percakapan dia ada 2 versi. baling,sik,naka,nami,pokok sena, smpai ke padang terap bahasa dia lebih kpd bahasa patani. ade mcm bunyi kelantan. skit. hulu perak pun ckp bahasa sama. selama perak pun ckp bahasa sama. alor setar,pendang,sg petani,yan,gurun, nk  ke sempadan perlis skit ckp kedah betul. jadik kalao mb sebot jantan betina di kawasan sik mmg itu gelaran dan sebutan org sana. cuma org luar je tekejot jantan dan betina disebut kpd manusia
Quote Perwira2022 14-11-2022 08:38 AM
Saja nak jadikan isu... Jantan boleh lak sebut kahkahkahkah
Quote TuntungReturn 14-11-2022 08:39 AM
mcm besut dlaam terengganu  tpi org sana cakap kelantan. ..
Quote dekmieDandy 14-11-2022 11:16 AM
batmana replied at 12-11-2022 06:27 PM
Kalu ganu..panggil jate tino..haha

tu bukan kelate ke?

rasa ganu 'laki' ngan 'puang' je
Quote matseh 14-11-2022 11:22 AM
Paling pelak sekali, Stesen TV ni, bila interview nun yg duk di ulu2 ni. Yg kena interview tu cakap pekat. Sepatah haram pun aku tak paham.
Dah tahun 2022. Buat la subtitle
Quote Artemesiaa 14-11-2022 11:26 AM
Time kempen ni eloklah guna bahasa kebangsaan jangan guna bahasa daerah takut jadi salah faham pasti kena kecam
Quote s@s@ 14-11-2022 11:51 AM
ore tino sskjp tersenyum sinis
Quote KamikuP 14-11-2022 11:53 AM
Wpon dipanggil Tino dalam dialek Kelantam, Aiman Tino dan Herman Tino masih kekal sebagai lelaki yaach

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.063652 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top