Diana Danielle yang mendedahkan pernah mengalami gangguan emosi serta hilang keyakinan diri ketika zaman remajanya.
Kata Diana, 30, emosinya pernah terganggu gara-gara ibu kesayangan jatuh sakit sekali gus membuatkan dia tidak dapat hadir ke sekolah selama setahun bagi menjaganya. "Mengimbau kembali waktu remaja adalah paling sukar. Ibu saya jatuh sakit, saya tidak bersekolah selama setahun kerana berpindah ke Pulau Pinang untuk merawatnya. "Ibu saya mengalami tekanan sehingga emosi saya sendiri turut terganggu... saya takut kehilangannya," katanya.
Perkara itu dikongsikan Diana menerusi akaun Instagram miliknya bersempena pelancaran single terbaharunya berjudul Shine On yang mengetengahkan tema keyakinan diri. Bagaimanapun kata Diana, masalahnya tidak terhenti di situ apabila dia mengalami pula gangguan pemakanan iaitu anoreksia nervosa. Katanya, selepas kembali bersekolah, dia berasa tidak yakin dengan dirinya sendiri dan sentiasa terganggu dengan berat badannya yang disifatkan tidak ideal. "Selepas kembali semula ke sekolah, saya mula tidak suka dengan rupa saya. Saya rasa tiada siapa yang peduli kalau saya sedih atau gembira. "Saya mula tak makan sebab nak turunkan berat badan, pakai krim kurus dan mengalami anoreksia. Saya tak makan dan bandingkan diri dengan model-model dalam malajah. Semua tak jalan," dedahnya. Enggan terus terperangkap dengan perasaan itu, Diana mengambil keputusan membuat perubahan dan berjuang memperbetulkan keadaan demi kebahagiaan diri sendiri. Kata Diana, meskipun titik rendah dalam hidupnya itu sudah lama berlalu namun ia menyedarkan dia tentang banyak perkara sehingga ke hari ini. "Rasa macam dah berjuta tahun berlalu tapi perkara itu banyak menyedarkan saya tentang siapa saya sekarang. "Saya terus berjuang dan tidak membenarkan hati beritahu yang saya tak cukup bagus," jelasnya.
|
Fazsemput replied at 12-11-2022 08:21 PM
Emm.. Tpi sis. Mcm bace dulu.. Dd berenti skola sebb xde duit.. Mcm org dh biasa hidup seng.. Then.. ...
LadyCarefree replied at 12-11-2022 09:33 PM
lepas tu dia kapel dgn sol baru ada duit kan? nuka jd model dan pelakon.
dia ni ok ok lah nyanyi ...
Fazsemput replied at 13-11-2022 06:52 PM
Sis trganggu dengn suara die masa awal die berlakon.. Suara mcm kaver2.. Slng mat salleh ckit..
...
Sazreena replied at 12-11-2022 09:10 PM
Tajuk Shine On ni kang mesti Inner Shine ambik dia jadi duta..tibher...
Minami2013 replied at 13-11-2022 11:53 PM
Dpt suami pun yg emotionally unstable... kesian dia.
ADVERTISEMENT