Pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan cemas apabila sebuah treler terbalik di Kilometer 280 dari Nilai menghala ke Seremban di sini pagi tadi.
Kejadian 11.43 pagi itu membabitkan dua treler, kereta jenis Mitsubishi Outlander, BMW dan sebuah motosikal. Kosmo! Online melaporkan, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd. Amin Mukhtar mengesahkan kejadian berkata, seorang pemandu treler berusia 43 tahun maut, manakala empat mangsa dilaporkan cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Manakala dua lagi mangsa dilaporkan selamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Video: Twitter Terdahulu, rakaman kemalangan menunjukkan sebuah treler terbalik tular di media sosial. - CARI |
admin, kasi ler kredit sikit pada raline ni. punya dok baguih bukak thread. artikel video semua ada cukup rasa. mod CI nya ramai, pun kena tunggu org report baru bagi kredit ker?
brego replied at 11-11-2022 03:15 PM
tempat aku selalu lalu nih.
benda nak jadi, takde sape boleh predict.
white_musk replied at 11-11-2022 03:55 PM
Lori itu dikenalpasti kan.... tak ada orang cari tuan punya syarikat kah?
Atata replied at 11-11-2022 07:54 AM
Uihh sapa yg terbang melayang tu?! Pemandu lori??
VespaSilbe replied at 11-11-2022 04:17 PM
group wasap taman kata 6 org meninggal dunia
ADVERTISEMENT