CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5422|Reply: 57

[Tempatan] [VIDEO] Pemandu treler maut kemalangan lima kenderaan dekat Nilai

[Copy link]
Post time 11-11-2022 03:02 PM | Show all posts |Read mode

KEMALANGAN melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 280 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dari Nilai menghala ke Seremban di sini pagi tadi.

[VIDEO] Pemandu treler maut kemalangan lima kenderaan dekat Nilai

SEREMBAN – Seorang pemandu lori treler maut dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 280 Lebuh Raya Utara-Selatan dari Nilai menghala ke Seremban di sini pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd. Amin Mukhtar berkata, kemalangan pada pukul 11.43 pagi itu melibatkan dua buah treler, masing-masing sebuah kereta jenis Mitsubishi Outlander, BMW serta sebuah motosikal.

“Mangsa yang maut merupakan pemandu lori treler iaitu seorang lelaki berusia 43 tahun, manakala empat mangsa dilaporkan cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.




“Manakala dua lagi mangsa dilaporkan selamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Amir, mangsa yang maut itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial memaparkan kemalangan melibatkan lima buah kenderaan itu dengan sebuah treler terbalik serta mangsa penunggang motosikal di atas jalan raya.

Perkembangan lanjut berhubung kejadian iu daripada pihak polis akan menyusul. – KOSMO! ONLINE





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2022 03:04 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2022 03:04 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 03:15 PM | Show all posts
Edited by brego at 11-11-2022 03:23 PM

tempat aku selalu lalu nih.

benda nak jadi, takde sape boleh predict.

nampak gaya macam tayar meletup. lori takde la laju mana.
dari lane kiri sekali, terus pancung ke kanan masuk lane sebelah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 03:21 PM | Show all posts
Edited by brego at 11-11-2022 03:25 PM
admin, kasi ler kredit sikit pada raline ni. punya dok baguih bukak thread. artikel video semua ada cukup rasa. mod CI nya ramai, pun kena tunggu org report baru bagi kredit ker?

mesej buat mod CI.

katup thread orang rajin,
tapi bab bagi kredit, board ni la yang paling kedekut taik idong masin,
macam kena keluar duit dia nak bagi kredit kat orang

raline ni bukak thread lagi baguih dari wartawan forum cari,
yang buat keje mudah sedut berita caprut dari indon


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 03:38 PM | Show all posts
brego replied at 11-11-2022 03:15 PM
tempat aku selalu lalu nih.

benda nak jadi, takde sape boleh predict.

lori bas  skrg laju2 ooohhhhh
bawak atas 100kmh
lorong tgh lorong kanan pun dia balun potong


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2022 03:41 PM | Show all posts
mungkin pemandu diserang heart attack, ngeri tgk treler tu pancung teruih ke kanan
nasib kereta belah dia slow2 and sempat break
kereta yg the other side yg have no clues teruk kena
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Td tgk ada dashcam dari lane sini lagi satu.. Yg motor tu hidup lagi ke? Mcm kena sauk dgn treler je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2022 03:43 PM | Show all posts
tmpt aku lalu lalu selalu ni
jarang daa accident teruk camni
highway kan ikut laluan masing2 udahla..ni tiba2 melentang masuk laluan sebelah. tertido kot..cuaca nyaman2 gini
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 11-11-2022 03:04 PM

Uihh sapa yg terbang melayang tu?! Pemandu lori??
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 03:55 PM | Show all posts
Lori itu dikenalpasti kan.... tak ada orang cari tuan punya syarikat kah?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 03:58 PM | Show all posts
adus...kesiannya yg dari arah berlawanan tu...tengah syok pandu tiba2 ada lori masuk lane dari arah berlawanan dan tak sempat break....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2022 04:13 PM | Show all posts
white_musk replied at 11-11-2022 03:55 PM
Lori itu dikenalpasti kan.... tak ada orang cari tuan punya syarikat kah?


Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Apahal tetiba lori tu pancung ke kanan camtu? Kena heart attack ke??????
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
group wasap taman kata 6 org meninggal dunia
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 04:22 PM | Show all posts
punca kemalangan masih dikenal pasti ke da tau punca..kenapa lori pegi sebelah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2022 04:23 PM | Show all posts
Atata replied at 11-11-2022 07:54 AM
Uihh sapa yg terbang melayang tu?! Pemandu lori??

penunggang motor kot. nampak mcm pakai jaket tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
VespaSilbe replied at 11-11-2022 04:17 PM
group wasap taman kata 6 org meninggal dunia

ramainya. baca tajuk tu drebar treler tu sorg je mati, igtkan lain2 selamat
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Microsleep
2. Tayar pecah
3. Driver lori heart attack

Itu je laa yang aku mampu speku

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca komen kat info semasa telegram.. sedih pulak..
Pemandu lori xbg call family dia sblm dia meninggal.. mungkin dia xnak mereka terkejut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.404467 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list