CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

80 Peratus Musnah, Runtuhan Bongkah Batu Hempap Sub Stesen TNB

11-11-2022 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1683| Komen: 20

Dihempap bongkah batu runtuh menyebabkan sub stesen Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah ladang ternakan ayam di Kampung Raja Musa, Bestari Jaya  musnah, jam 11 pagi hari ini.


Kejadian itu melibatkan 80 peratus kemusnahan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.


Keadaan bongkah batu yang menghempap sub stesen TNB di sebuah ladang ternakan di Kampung Raja Musa, Bestari Jaya, Kuala Selangor, Selangor.


Jelas beliau, pemeriksaan mendapati runtuhan batu bersaiz besar itu terjatuh menghempap sub stesen tersebut. 

“Tiada mangsa dilaporkan berada di lokasi itu kecuali enam pekerja di asrama ladang ternakan berdekatan.

“Kita sudah mengarahkan pemilik ladang supaya memindahkan semua pekerja itu sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Norazam, pihaknya masih menjalankan pemantauan lanjut bagi menghadapi kemungkinan berlaku runtuhan susulan. – UTUSAN




Sumber: Utusan






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 11-11-2022 03:45 PM
Bala(k)?


Quote green~tea 11-11-2022 04:01 PM
Bestari Jaya ni nama lama dia batang berjuntai kan?? Rasa cam pernah lalu and nampak nama ni
Quote CiliPadiSedap 11-11-2022 04:08 PM
habislah harga batu naik lepas ni
Quote noor2 11-11-2022 04:10 PM
Itu tanda2 akan belaku landslide besar2 x...mcm struktur tanah dah x kuat sebab hujan ni
Quote TabletSusu 11-11-2022 04:27 PM
noor2 replied at 11-11-2022 08:10 AM
Itu tanda2 akan belaku landslide besar2 x...mcm struktur tanah dah x kuat sebab hujan ni

ye kak noor. nampak mcm dah rompong2 tu
Quote noor2 11-11-2022 04:32 PM
TabletSusu replied at 11-11-2022 04:27 PM
ye kak noor. nampak mcm dah rompong2 tu

Kepala air, landslide,  banjir mmg akan terjadi waktu hujan2 ni..
Jaga2 la yg berisiko tinggi
Quote pooh~key 11-11-2022 04:35 PM
green~tea replied at 11-11-2022 04:01 PM
Bestari Jaya ni nama lama dia batang berjuntai kan?? Rasa cam pernah lalu and nampak nama ni

Benar sister! Tahniah sis.
Quote supernaturalee 11-11-2022 04:35 PM
hari ni lama betul hujan
on off on off

berhati2 lah semua
moga dilindungi sokmo
Quote makiting 11-11-2022 04:36 PM
Rasanya sub station utk supply ladang ayam tu..
baik cepat kosongkan kawasan.. mcm tak selamat aje nampak cerun tu..

Ayam2 nya mcmana tu yea
Quote Skuau 11-11-2022 04:53 PM
Batang berjuntai tu x sedap ke???(namanya la)
Quote airfilterkotor 11-11-2022 05:29 PM
Elok jer bumbung konkrit sekeping tu terletak kat tepi bongkah batu.
Quote KamikuP 12-11-2022 11:17 AM
Petanda akhir tahun
Quote kakikuDibibirmu 12-11-2022 11:18 AM
Batang Berjuntai tersenyum sinis
Quote green~tea 12-11-2022 11:22 AM
kakikuDibibirmu replied at 12-11-2022 11:18 AM
Batang Berjuntai tersenyum sinis {:ml ...

Hellooowww
Quote stingergrumpy 12-11-2022 11:24 AM
green~tea replied at 11-11-2022 04:01 PM
Bestari Jaya ni nama lama dia batang berjuntai kan?? Rasa cam pernah lalu and nampak nama ni

Batang berjuntai terbaru ko kini ada iras iras nama batang berjuntai lama ko kewww?

Wakahkahkahkahkahkahkah
Quote stingergrumpy 12-11-2022 11:25 AM
kakikuDibibirmu replied at 12-11-2022 11:18 AM
Batang Berjuntai tersenyum sinis {:ml ...

Yg baru keww yg mantan?
Quote pooh~key 12-11-2022 11:28 AM
green~tea replied at 12-11-2022 11:22 AM
Hellooowww

Akak ada save gambar ni untuk sticker whatsapp sis. Mengekek akak gelak acap kali tengok emoticon ni sister kohkohkhokhobkobbkohohokhoh.
Quote kepompong 12-11-2022 11:42 AM
Skuau replied at 11-11-2022 04:53 PM
Batang berjuntai tu x sedap ke???(namanya la)

kena letak dlm kurungan
Quote green~tea 12-11-2022 11:45 AM
pooh~key replied at 12-11-2022 11:28 AM
Akak ada save gambar ni untuk sticker whatsapp sis. Mengekek akak gelak acap kali tengok emoticon  ...

Kaka pun ada byk stickers comel gini hahahahahaha

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.064459 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top