CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Ada Anak, Suami Isteri Sambut 'Birthday' Kambing Besar-besaran Siap Jemput DJ!

10-11-2022 07:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1427| Komen: 7

Sepasang suami isteri yang tidak dikurniakan zuriat menyambut hari ulang tahun anak-anak kambing peliharaan mereka dengan penuh meriah.

Pasangan yang tinggal di Kanshi Ram di Uttar Pradesh, India itu menjemput saudara-mara dan rakan-rakan mereka ke majlis tersebut.

Bukan sekadar diadakan acara memotong kek, malah terdapat DJ membuat persembahan, lapor India.com.


India.com

Video parti hari jadi yang dianjurkan mereka menjadi tular di media sosial.

Menurut laporan, Raja dan isterinya tidak mempunyai anak sejak berkahwin.


Kambing peliharaan mereka melahirkan dua anak pada tahun lalu dan pasangan itu memutuskan untuk menyambut hari ulang tahun pertama anak kambing itu.

"Kami melayan haiwan ini sebagai anak sendiri dan kami memutuskan untuk meraikan hari lahir mereka dengan meriah.

"Kami menamakan anak-anak kambing ini Kuber dan Laxmi dan saya membawa mereka keluar berjalan-jalan dengan menaiki beca," katanya.

Menurut Raja, tetamu juga membawa hadiah untuk anak-anak kambingnya.

"Kami mendapat selimut dan hadiah lain untuk mereka," tambahnya. 


Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 10-11-2022 08:53 PM
Suka betul kau bukak benang pasal uttar pradesh kan?????
Quote faraway1 10-11-2022 08:55 PM
Wow respek suami dia....
Quote Goodluckdontcry 10-11-2022 10:13 PM
"Kami mendapat selimut dan hadiah lain untuk mereka," tambahnya.

Embekkkkkk embekk embek embekk bek bek (terima kasih daun keladi..lain kali bg lagi)..kata kambing itu.. kehkehkeh
Quote nurul_akmar 11-11-2022 07:40 AM
lg 3 tahun, kena sembelih..
Quote KamikuP 11-11-2022 03:22 PM
Caprutnya lahai berita ini
Patut le bangsa ni x maju2 dengan amalkan kasta lagi, rogol perempuan dan mcm mcm lagi le kelly.ng ni
Quote gideoncross 15-11-2022 05:20 PM
Goodluckdontcry replied at 10-11-2022 10:13 PM
"Kami mendapat selimut dan hadiah lain untuk mereka," tambahnya.

Embekkkkkk embekk embek embekk bek ...

Tpi cute je news ni wlaupun dri UP Yindia. Baby kambing pun rata2 cute, mcm kittens.
Quote dani-rox 15-11-2022 06:22 PM
ai bayangkan cemana si DJ bgtahu ahli keluarga dan rakan2 psl gig dia pd hari itu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.080253 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top