View: 1112|Reply: 7
|
Tak Ada Anak, Suami Isteri Sambut 'Birthday' Kambing Besar-besaran Siap Jemput DJ!
[Copy link]
|
|
Sepasang suami isteri yang tidak dikurniakan zuriat menyambut hari ulang tahun anak-anak kambing peliharaan mereka dengan penuh meriah.
Pasangan yang tinggal di Kanshi Ram di Uttar Pradesh, India itu menjemput saudara-mara dan rakan-rakan mereka ke majlis tersebut.
Bukan sekadar diadakan acara memotong kek, malah terdapat DJ membuat persembahan, lapor India.com.
 India.com
Video parti hari jadi yang dianjurkan mereka menjadi tular di media sosial.
Menurut laporan, Raja dan isterinya tidak mempunyai anak sejak berkahwin.
Kambing peliharaan mereka melahirkan dua anak pada tahun lalu dan pasangan itu memutuskan untuk menyambut hari ulang tahun pertama anak kambing itu.
"Kami melayan haiwan ini sebagai anak sendiri dan kami memutuskan untuk meraikan hari lahir mereka dengan meriah.
"Kami menamakan anak-anak kambing ini Kuber dan Laxmi dan saya membawa mereka keluar berjalan-jalan dengan menaiki beca," katanya.
Menurut Raja, tetamu juga membawa hadiah untuk anak-anak kambingnya.
"Kami mendapat selimut dan hadiah lain untuk mereka," tambahnya.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Suka betul kau bukak benang pasal uttar pradesh kan????? |
|
|
|
|
|
|
|
"Kami mendapat selimut dan hadiah lain untuk mereka," tambahnya.
Embekkkkkk embekk embek embekk bek bek (terima kasih daun keladi..lain kali bg lagi)..kata kambing itu.. kehkehkeh |
|
|
|
|
|
|
|
lg 3 tahun, kena sembelih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Caprutnya lahai berita ini
Patut le bangsa ni x maju2 dengan amalkan kasta lagi, rogol perempuan dan mcm mcm lagi le kelly.ng ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tpi cute je news ni wlaupun dri UP Yindia . Baby kambing pun rata2 cute, mcm kittens.
|
|
|
|
|
|
|
|
ai bayangkan cemana si DJ bgtahu ahli keluarga dan rakan2 psl gig dia pd hari itu  |
|
|
|
|
|
|
| |
|