CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Miliki Bibir Terbesar Di Dunia Nak Suntik Dagu Pula, Tak Kisah Mati Asalkan Dapat Pecahkan Rekod

10-11-2022 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1140| Komen: 8

Seorang wanita yang mendakwa mempunyai 'bibir terbesar di dunia' sedang berusaha untuk memecahkan rekod baharu, kali ini dengan suntikan pada bahagian dagu untuk kelihatan lebih runcing.


Sungguhpun doktor memberi amaran bahawa apa jua prosedur kosmetik yang dijalaninya berisiko membawa maut, namun perkara tersebut tidak diambil serius oleh Andrea Ivanova.

Influencer media sosial berusia 25 tahun itu dilaporkan telah menjalani 32 prosedur pada bibirnya, yang menelan belanja sebanyak £8,000 (RM42,632).


Foto: Daily Star

Prosedur terbaharu itu, menurut Andrea, adalah 'hadiah' sempena hari jadinya yang ke-25 dalam usaha memburu gelaran 'dagu paling panjang dan runcing di dunia'.


"Saya suka bibir saya dan saya mahukan rekod baharu itu," kata Andrea, dari Sofia, Bulgaria.

"Hari lahir saya bulan lalu dan saya meraikannya dengan melakukan prosedur suntikan filler pada rahang," ujarnya.

Untuk merealisasikan impiannya, Andrea berkata dia mendapatkan suntikan asid hyaluronik setiap dua minggu.

Andrea mula melakukan prosedur kosmetik pada wajahnya sejak 2018. - CARI

Sumber: mStar/Dailystar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 10-11-2022 11:16 AM
Kusssss smangat....... tanjat baby
Quote orgsepang 10-11-2022 11:18 AM
Mati nanti dengan rekod tidak cerdik.
Quote supernaturalee 10-11-2022 11:32 AM
Edited by supernaturalee at 10-11-2022 11:34 AM

channel truly bnyk paparkan psl obses manusia ttg plastic surgery

ni slh 1 contoh
[youtube]5AjVTd3T5w8[/youtube]
Quote cikatilia 10-11-2022 12:16 PM
mcm belon gitu...
merening
Quote Sazreena 10-11-2022 05:04 PM
Eiii..geram je rasa nak cucuk bagi kempes.
Quote redz85 10-11-2022 05:06 PM
Quote Goodluckdontcry 10-11-2022 11:13 PM
Gmbr baju biru..sbb xnmpk bulu kening...errr mcm Donald duck...quekk quekk quekk.. kehkehkeh
Quote kakikuDibibirmu 25-5-2023 08:48 PM
Quek mambo tersenyum sinis

HgrX3.gif

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.037483 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top