CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Tahu Pula Ia Cuba Dijadikan Modal Kaitkan Wafa Dengan Gosip Cinta", Ibu Wafariena Terkilan Dengan Sikap Iqbal

10-11-2022 07:51 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 3508| Komen: 29



Ibu mana tak marah jika cerita bukan-bukan dikaitkan dengan anaknya lebih-lebih lagi melibatkan gosip cinta berbaur publisiti murahan di media sosial.

Meluahkan rasa kesal terhadap sikap usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli, ibu kepada pelakon Wafariena Roslan iaitu Suzana Hamad berkongsi cerita sebenar mengenai kisah gambar anaknya bersama Iqbal yang tular dan menjadi bualan ramai.

Suzana memberitahu bahawa Iqbal yang mengajak anaknya bergambar terlebih dahulu ketika di set penggambaran telefilem di Kelantan, baru-baru ini.


“Saya ada di lokasi penggambaran itu dan Iqbal yang minta izin untuk bergambar dengan Wafa. Saya pun benarkan kerana mengambil gambar adalah perkara biasa bagi seseorang artis.

“Tapi, tak tahu pula ia cuba dijadikan modal oleh Iqbal untuk mengaitkan Wafa dengan gosip cinta yang tidak wujud, namun terpalit dengan publisiti murahan sebegitu.

“Kalau betul dia (Iqbal) nak kenal Wafa lebih dekat, kenapa tak beritahu dan tanya pada saya yang ada sama di lokasi berkenaan. Ini terus buat luahan di Instagram dan apa motif sebenarnya?,” katanya.

Terdahulu, perkongsian Iqbal Zulkefli menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama Wafariena sehingga ada yang mengatakan kedua-duanya dilihat sepadan dan meminta mereka segera berkahwin.

Bagaimanapun, Wafariena mengakui tidak selesa dengan pengakuan Iqbal yang secara terbuka tiba-tiba mahu mendekati dirinya.


Namun Iqbal tidak berdiam diri apabila Wafa membuat kenyataan tidak selesa dikaitkan dengannya, malah Iqbal memberitahu dari awal dia hanya menganggap Wafa sebagai kawan dan turut mempersoal Wafa adakah dia pernah mengurat pelakon tersebut sepanjang shooting bersama. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mayaBB 10-11-2022 03:55 AM
Shooting bersama untuk apa.drama ke.. ke marketing semata nak suruh orng tengok drama baru nanti
Quote phone_5 10-11-2022 06:35 AM
aku tgok ibu pelakon ni ada je nak menempel....nak tumpang glamour ke?

semak je lebih..
Quote KirazMevsimi 10-11-2022 07:19 AM
bak pepatah dari abang nabil kita ......

amende ni. sesaja saja jer ke buat cenggini. gimik ke. hahaha

dah kluar spital, dah mula masuk shooting ke? moga cepat sembuh
Quote akuMNdia 10-11-2022 07:21 AM
mak si wafa ni merangkap manager jugak ke?
Quote rosannazmia 10-11-2022 08:00 AM
Apa isu ni? Cam bodo je?  Xpaham..iqbal ada wat caption geli2 hints ke depa bercinta? Ke komen2 followers kenen2 kan depa? Kalu itu pon nak triggered?!! Cam marketing jewwwwww....Cam busyukk je?
Quote greantea 10-11-2022 08:03 AM
nmpk ok jek diorg ni. kalo iqbal ni x buat pelik2 dulu, mungkin mak pompuan ni x kisah. tp tu la...
ke mak dia target orka?
Quote belilies 10-11-2022 08:21 AM
Kalau si lelaki tu buat benda bodo pun tak kurang dari mak pompuan ni juga. Takyah komen la woo
Quote maharani_gebu 10-11-2022 08:27 AM
Allah mak cik pun.... nama pun gosip... yang ko nak bitter sangat nape...

eh, iqbal ni kaya tau....

ko yg rugi nanti... lupa ke anak ko dah jatuh saham sebab tulang bontot dah beralih?

ntah laku ke tak nanti.... sauklah ajelah makcik.... silap-silap makcik yg menumpang senang nanti
Quote Carcosa 10-11-2022 08:29 AM
Eh ko ni. Ko mencapubbbb aje. Ko teringin nak jd retis ke apa?? Mcm lah hebat sgt pon jd retis tu.
Semua isu pun kau nak comment?? Lps ni nk comment psl skrip ke? Ke, payment?
Quote sangbara2020 10-11-2022 08:33 AM
kdg kesian iqbal nih
tp rasa mcm xpatut dikesiani sbb pantang ada pompuan sedaya upaya nk numpang glemer
Quote ..maksu 10-11-2022 08:33 AM
sape dia ni?
Quote akuHavocczz 10-11-2022 08:44 AM
walaupun iols menyampah ngn iqbal. tapi kepada si mak pelakon ni, iols lagi kenal iqbal daripada anak hangpa. so tak yah lah acah acah macam anak anda itu femes sngat
Quote Kurex 10-11-2022 10:03 AM
Waferina iqbalina kaverina
Quote Aneem 10-11-2022 10:11 AM
Nak komisen le tewwww
Quote nicolebaby 10-11-2022 10:17 AM
mak dier jer melebih lebih....IG Iqbal okay jer posting dier. Over hokkay mak wafa neh
Quote dudaberhias 10-11-2022 10:24 AM
iqbal ni kan memang suka ambik gambar2 macamni dengan retis pompuan lepastu kononnyaaaa ada la portal2 upload kata sedang bercinta di mana kaka syak heshe yang bayar kossserrr lah portal2 tu nak bukak gosip pasal jantan muka dugong hidung terpleot nih....

memang dia saja cari kontroversi sebab sendu muka memang tak boleh jual... bagi free pun takde sape nak tadah....
Quote KamikuP 10-11-2022 10:39 AM
Halah halah halah acik Suzana ni. Ko restukanlah hubungan anak ko ngan kebal kaverina ni sbb kalu jadi kawen sampai tua Wafa ni kekal dara tak disentuh yaachh...
Quote esbok 10-11-2022 11:11 AM
takut la mak nya. kang elok ada calon lagi vavavoom masuk line, tapi dah kebal punya hal, udah melepas peluang dapat calon vavavoom
Quote jijilaaa 10-11-2022 11:30 AM
nama si anak baru nak naik tp maknya punya kelaku mcm anak pernah menang award artis paling fofular...kekwat maknya..xlama lagi bakalan ke kubur la karier anak

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.052249 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top