CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tengok Je.. Suka Je.. Datuk K Yang Punya” – Siti Nurhaliza Usik Peminat Di Konsert Cuit Hati Netizen

10-11-2022 07:15 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 2667| Komen: 18



Penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza baru-baru ini telah mengadakan konsert amal buat kali ketiga yang diberi nama Music Of The Soul: An Evening With Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang berlangsung di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Menariknya, satu video berdurasi 30 saat yang dikongsi oleh peminatnya di akaun tiktok @efftii telah menjadi tumpuan ramai dek kerana gelagat Siti mengusik peminatnya ketika konsert tersebut.

Menerusi video tersebut, Siti menyakat satu pasangan yang menghadiri konsertnya. Katanya, peminat lelaki dihadapannya telah memberi ‘flying kiss’ kepadanya sewaktu dia sedang menyanyi. Lebih menarik perhatiannya apabila perempuan disebelah lelaki itu nampak seperti cemburu pula.


“Yang depan saya ni kan comel je… tu isteri ke girlfriend? Yang sebelah, sebelah haa buat tak tahu pula..

“Dia (teman lelaki) buat macam ni dekat saya (tunjuk aksi flying kiss), lepastu yang perempuan tu macam ni (buat aksi menyiku)"

"Alaa tengok je.. suka je .. Dato K yang punya" kata Siti berseloroh manja.

Rata-rata terhibur dengan gelagat Siti atau juga mesra disapa Tokti yang sungguh comel mengusik peminatnya semasa konsert tersebut. 

"Siti taktau dia yg comey sebenaqnya"

"Dato K yang punya ahahahahha"

"Alah comel jerrr sebut dato k yang punya"

"Ya Allah lembut je cakap Dato K yang punya..ayoo blushing plk dengar"

"Sumpah tokti comel lahh...part kata dato k punya tu cute gile lah"

"Ya Allah kalau aku jd dato k dah melting kat situ"

"Dato k punya jangan macam2"



Sekadar info, Tokti dan suaminya, Datuk Seri Khalid, telah diiktiraf oleh E! News Asia sebagai Pasangan Selebriti Ketiga Paling Berkuasa di Asia pada 13 Jun 2010, di belakang pasangan penghibur Cina, Simon Yam dan isteri, Qi Qi dan pasangan pelakon Bollywood, Aishwarya Rai dan suaminya, Abhishek Bachchan.

Hmmm bukan saja paling berkuasa di Asia je tapi pasangan ini sentiasa romantik betul tak. 


Tengoklah video Tokti dan Datuk K menari Bollywood atas ni, comel dan romantik je. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 10-11-2022 02:01 AM
tapi memang comel pun siti tegur peminat tu hahahaha...

yang gf tu patutnya kena pasrah dah sebabnya mungkin kekasih dia tu dah innalilah... sebab baru2 ni kaka tengok ceramah katanya kalau tengok ke salam artis ni roh kita akan hilang... mungkin bf dia tu pun dah takde samada sebab tengok siti ataupun dah lunyai di kerjakan gf dia tu... takziah dan al fatihah gittuhhh....
Quote colorpensel 10-11-2022 02:10 AM
tokti memang comel.. teringin nak pergi konsert dia sekali seumur hidup pun jadilah tapi belum ada rezeki.. sedap sangat suara dia walaupun dah masuk awal 40an
Quote arffa 10-11-2022 04:21 AM
colorpensel replied at 10-11-2022 02:10 AM
tokti memang comel.. teringin nak pergi konsert dia sekali seumur hidup pun jadilah tapi belum ada r ...

I pun dalam bucket list. Ari tu terlambat tiket dah sold out. Zamani I dah dapat tengok. Pas ni kalau CT buat show kena alert sebab tioet dia cepat nau abis
Quote mayaBB 10-11-2022 07:53 AM
Bestnya...agaknya berapa la tu harga tiket
Quote darling0802 10-11-2022 07:55 AM
Datuk k ada hotel kan area klcc tu.apa nama ntah lupa
Quote NEmma 10-11-2022 08:01 AM
Konsert Siti 2 malam kali ni, sheolls mmg betul2 improve showmanship & komunikasi bersama fans.. Banyak moment kelakar dan menarik.
Quote lurve82 10-11-2022 08:17 AM
Mmg best chuols. Bucket list iols dh tertunai. Thn depan dia nak buat konsert persada. Standby la klu nk beli tiket. Tp xtau tarikh tu bila
Quote applenpuff 10-11-2022 09:23 AM
The Zon on the park. Ada lagi ke hotel tu?
Quote KamikuP 10-11-2022 10:49 AM
Comey jahh siti buat flying kiss tu.. muahh
Quote noor2 10-11-2022 04:17 PM
Cair tengok siti mcm tu.....
Quote TabletSusu 10-11-2022 04:35 PM
2x tgk tokti live, lama dah. sekali minggu seketari tu. sekali lg masa rakaman utk p.ramlee kot kat angkasapuri. suara dia mmg sebijik dlm kaset masa tu.

ni anak2 dah besar2 bolehlah nak pegi lagi
Quote khai77 11-11-2022 03:03 PM
kenapa tred ctdk sendu..dulu dok sr kalau tred tokti je berjela2..mana gi fans dia semua kat cari ni
Quote September14 11-11-2022 03:20 PM
khai77 replied at 11-11-2022 03:03 PM
kenapa tred ctdk sendu..dulu dok sr kalau tred tokti je berjela2..mana gi fans dia semua kat cari ni ...

Klu gosip panas baru bjela benang tokti ni klu setakat citer puji memuji ni mmg sendu lah org dh bosan.. lawak milik tok k tu pun cemuih dah dgq
Quote anitara 11-11-2022 04:36 PM
khai77 replied at 11-11-2022 03:03 PM
kenapa tred ctdk sendu..dulu dok sr kalau tred tokti je berjela2..mana gi fans dia semua kat cari ni ...

Takde la sendu.. pasal post-concert ni dah ada thread pun..
Quote doubleA 11-11-2022 04:55 PM
arffa replied at 10-11-2022 04:21 AM
I pun dalam bucket list. Ari tu terlambat tiket dah sold out. Zamani I dah dapat tengok. Pas ni ka ...

Persada johor next week kot 18 ke bulan dpn entah habis dah ke tiket? 2023 sure ada konsert lagi tokti cakap dah
Quote jay_07 11-11-2022 05:58 PM
khai77 replied at 11-11-2022 03:03 PM
kenapa tred ctdk sendu..dulu dok sr kalau tred tokti je berjela2..mana gi fans dia semua kat cari ni ...



sekarang zaman bbnu
Quote sleepandream 11-11-2022 07:44 PM
doubleA replied at 11-11-2022 04:55 PM
Persada johor next week kot 18 ke bulan dpn entah habis dah ke tiket? 2023 sure ada konsert lagi t ...

eh dekat persada convention tu dah postpone chuols sbb clash dgn tarikh PRU...

btw aritu iols ada baca dalam porem ni jugak tokti plan nak buat konsert dekat axiata tahun depan...
iols akan start menabung yach
Quote sleepandream 11-11-2022 07:47 PM
khai77 replied at 11-11-2022 03:03 PM
kenapa tred ctdk sendu..dulu dok sr kalau tred tokti je berjela2..mana gi fans dia semua kat cari ni ...

ce bagi contoh thread idola chuols pulak... nak jugak iols tengok sendu ke tidok... ada konsert ke tidokk....

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.052916 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top