CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zul Ariffin Selalu Kena Reject Masa Berat 100kg "Kalau Orang Tak Offer Job, Jangan Bitter"

9-11-2022 05:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2080| Komen: 19

 Zul Ariffin mempunyai pandangan tersendiri tentang polemik bakat vs rupa yang menjadi isu dalam kalangan orang industri baru-baru ini.

Zul, 36, berkata, perkara tersebut sangat subjektif dan dua elemen tunjang yang disebutkan itu mempunyai peranan masing-masing dalam kelestarian kerjaya seorang pelakon.

Foto: IG

“Argumen ini kalau kita bincang memang takkan pernah habis. Jangan jadi bitter (negatif). Kalau orang tak upah kita bekerja (berlakon), jangan bitter.

“Saya tak pernah merungut kalau orang tak ambil saya berlakon. Terima sahaja sebab rejection (penolakan) ada di mana-mana sahaja.


“Orang mungkin akan tolak kita hanya kerana kita tak cakap ‘hai’ dalam mana-mana majlis atau acara. Kita tahu tahu tapi realitinya memang agar kasar. Tapi, adik-adik semua selamat datang ke showbiz (dunia hiburan),” katanya kepada Kosmo! Online.



Ditemui ketika penggambaran muzik video Cinta Sahabiyah nyanyian Datin Alyah di sini kelmarin, pelakon filem Talbis Iblis itu menambah, tidak kiralah rupa paras atau bakat lakonan, perkara paling penting adalah sentiasa bekerja keras dalam memperbaiki diri setiap hari sebagai seorang pelakon.

“Kalau nak selamat, pisau itu biar tajam. Pisau itu asah selalu sebab bila pisau atau kapak itu tajam, seseorang itu tak perlu menunggu bertahun-tahun nak tebang pokok.

“Mungkin hanya perlukan beberapa jam sahaja. Kalau pisau tajam (bakat lakonan terus diasah), saya percaya benda-benda lain akan senang dibentuk.

“Bukan pertandingan beauty pageant (ratu cantik) nak lawa-lawa sangat. Sedap mata memandang sudah. Kalau produser mahukan panampilan seseorang pelakon diubah macam potong rambut pendek, potong sahajalah.

“Saya ingat lagi dulu berat badan saya pernah 100 kilogram tiada siapa nak ambil berlakon tapi saya telan sahaja realiti tersebut sebab saya faham kehendak showbiz,” terangnya penuh maksud mendalam.



Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) menerusi filem Sangkar itu menitik beratkan bahawa bakat lakonan boleh diasah dari semasa ke semasa sementelah rupa paras bergantung kepada kehendak skrip projek seni yang diusulkan penerbit atau produksi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 9-11-2022 08:14 PM
Badan besar2 ni dan rajin main gym, mesti kentut busuk kan?
Tiber.
Quote Kancilkering 9-11-2022 09:01 PM
dia ni bila nak berambus gi yereb sama hajah lo lingkup tu
Quote mawardia 9-11-2022 09:39 PM
Esbok tenang menerima takdirrrr
Quote akuHavocczz 10-11-2022 08:50 AM
in this article, iols sapot uols!
Quote HoneyManjer 10-11-2022 08:57 AM
tepek skek gambo dia 100kilo doluh...
walau 100 kilo tetep sedepp kots...
aku ni kalau dah 100 kilo....
serremmmm noks
Quote KamikuP 10-11-2022 10:08 AM
Hidop retis ni nampak je luaran glamer tapi dalaman sunyi jah hidop ... ekekekek
Quote dudaberhias 10-11-2022 10:11 AM
seramnya rhoper jul esbok ni sekarang... tak terbayang yang 100kg tu rhoper macam mana...

dah melayang roh buat kali ke 21 harini...

takziah dan innalilah kepada kaka....
betul la ustazah tu kata... kalau kita salam, tengok retis ni roh kita akan rosak dan hilang...

kaka pun dah berapa kali mati harini... tapi jasad masih boleh terus bergosip... autopilot gittuhh....
Quote rosedemon 10-11-2022 10:14 AM
esboknya ko jul
Quote marchikobonzo 10-11-2022 11:36 AM
Tolong la shave muka tu..serabut!
Quote Pak.dolla 10-11-2022 11:45 AM
Ko ape nk heran..ko ade acik gaya...selalu je acik gaya offer job..ko blakon pun x best...mulut kumat-kamit sambil membeliakkan biji mata..
Quote tipah89 10-11-2022 02:44 PM
mmgla ko xheran nek gaya dok standby bagi jobbbbb
Quote Sazreena 10-11-2022 03:35 PM
Pernah ke ko 100 kilo..buktikan..
Quote ezacbee 10-11-2022 03:40 PM
Dia ni muka berkedut abis.. dah cam warga emas.
Quote miss_perfect 10-11-2022 03:49 PM
dudaberhias replied at 10-11-2022 10:11 AM
seramnya rhoper jul esbok ni sekarang... tak terbayang yang 100kg tu rhoper macam mana...

dah melay ...

Kaka dud... tak faham baca komen2 kaka kali ni... ustazah mana yg cakap pasal roh melayang ni? Mohon pencerahan.
Quote dudaberhias 10-11-2022 03:58 PM
miss_perfect replied at 10-11-2022 03:49 PM
Kaka dud... tak faham baca komen2 kaka kali ni... ustazah mana yg cakap pasal roh melayang ni? Moh ...

kaka tengok vid kat thread nih

https://b.cari.com.my/forum.php? ... p;extra=&page=1
Quote noorhairiahma 10-11-2022 03:58 PM
dudaberhias replied at 10-11-2022 10:11 AM
seramnya rhoper jul esbok ni sekarang... tak terbayang yang 100kg tu rhoper macam mana...

dah melay ...

kaka, u kenapa? i baca banyak u komen pasal hilang roh ni? u ada kempunan nak salam retis ke sampai meratab hiba tak dapat salam retis sampai kehilangan roh bagai?

salam retis tak boleh, makanya u kena salam setazah barulah u dapat tenang2 kembalikan roh u supaya tak bergentayangan.

tak pun, nanti i roger esbok mintak salam dengan u.

tenang2 je ya, kaka.


Quote doubleharmonic 11-11-2022 04:53 PM
makin kepam, kedut dan kendur. cemano leh jadi hanak hekan nek gaya nehh
Quote suka2 12-11-2022 11:13 AM
Carcosa replied at 9-11-2022 08:14 PM
Badan besar2 ni dan rajin main gym, mesti kentut busuk kan?
Tiber.

Sebab rajin ratah telur rebus berbiji2 sehari tu pasal kentut busuk
Quote sleepandream 12-11-2022 12:36 PM
sgt tepat jawapan heols...
soooo trueeee

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.151806 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top